Harga minyak naik. Apa kata survey?
Apa pendapat saudara saudari? Mohon bantu sebarkan!

Aku paling tertarik dengan Ulasan Fatul Bari
Aku suka ayat DrMAZA
"..kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini..apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?!"
" ..jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki...kerana saya berpegang dengan kata-kata ILMU bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang.."
"..ajal maut di tangan Allah, tapi Allah tetap buat hukuman qisas kepada yang membunuh..rezeki juga di tangan Allah, tetapi tetap diharamkan kecurian dan dihukum pencuri..hanya yang gagal memahami nas tidak dapat menafsir antara keizinan Tuhan dan tindakan insan..tidak boleh seseorang yang menjual barang dengan harga yang tidak munasabah berhujah bahawa Allah yang tetapkan harga, sedangkan penjual itu menempelkan harga yang tidak wajar itu..jangan salah guna nama Tuhan..mereka yang cuba mengampu 'kenaikan harga' dengan alasan itu semua dari Tuhan sama seperti khawarij yang meletakkan ayat yang benar pada tempat yang salah..kata Saidina Ali kepada Khawarij: "Kalimah yang benar tetapi dengan maksud yang batil".."
***
Bila kita malas belajar, dapat keputusan yang buruk, kita pun kata: "Keputusan buruk ni adalah ketetapan Allah."
Bila kita kerja tak bagus, hingga dibuang kerja, kita pun kata: "Aku kena buang kerja ni adalah ketetapan Allah."
Orang yang berkata begini suka menjadikan Allah sebagai perisai kebobrokan mereka. Keburukan sikap mereka disembunyikan demgan menjadikan Allah sebagai alasan melepaskan diri. Memaksa orang lain menerima kehodohan sikap mereka secara paksa, seakan-akan mengkritik kemalasan dan kerja tak bagus yang mereka lakukan ini seperti sama mengkritik Allah itu sendiri.
Ironinya, apabila dikurniakan kejayaan, tidak pula dikatakan kejayaan itu datang daripada Allah.
Begitulah pincangnya bila kita cuba menyatakan "Kenaikan Harga adalah ketetapan Allah." Bila rakyat terbeban dek pengurusan pihak pemerintah yang tidak bagus, rakyat disuruh redha dan menerima. Allah dijadikan 'perisai' dalam membuatkan rakyat menutup mulut dari protes dan memberikan kritikan.
Rakyat dipaksa menerima bebanan ini, sedang KM Sarawak gajinya dinaikkan tiga kali ganda, kereta rasmi kerajaan ditukar kepada yang lebih mahal dan menteri-menteri hidup dalam lautan elaun. Allah akhirnya dijadikan alasan agar rakyat tidak bising dengan kebobrokan pemimpin. Ini menjadi fitnah kepada Allah dan Islam itu sendiri.
Seakan-akan ini agama yang melindungi orang-orang bangsawan dan menindas rakyat bawahan.
Tetapi kala mahu memancing undi, ditabur 1001 kejayaan dan pencapaian kerajaan, seterusnya disuruh bersyukur kepada kerajaan atas segala nikmat dan kemakmuran yang ada. Seakan-akan kerajaanlah pemberi rezeki selama ini kepada rakyat jelata. Tidak pula dipulangkan segala puja dan puji kepada Allah. Tidak pula dikatakan itu semua ketetapan Allah.
Sungguh Allah itu mengharamkan kezaliman,
hatta kepada diriNya sendiri.
Jelek sungguh orang yang menggunakan nama Allah untuk menghalalkan kezaliman yang dilaksanakannya sendiri. -Hilal Asyraf

... Dalam UMNO.. Apa yang menguntungkan mereka dalam Islam diambil tapi apa yang bertentangan dengan amalan mereka dibuang...
Manusia bernama Fathul Bari ini bukan lah berilum sangat dalam ugama tapi raja kelantung kuat ampu sehingga mengelirukan umat islam. Mati nanti bukan PM yang mengampunkan dosa untuk kamu tidak dihumban ke neraka, bertaubat lah sebelum terlambat, ALLAH maha pengasih, dia tempat kita berteduh dan minta ampun dari segala dosa. Kita berdoa meminta sesuatu dengan nama ALLAH bukan PM dan UMNO. Istighafarlah kamu wahai Fathui Bari sebelum tutup mata. Insyallah......sila jawap dengan ilmu.
ReplyDelete