VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 13 September 2013

"Dengan rasminya saya menjadi ibu tunggal." Status Salah Seorang Isteri Perserta 'Ops Bubar DUN Perak'

9 dari 13 orang OKT Ops Bubar DUN Perak bergambar selepas hari pertama sebutan kes pada Mac 2009. Faiz dua dari kanan, sebelahnya Tuan Haji Isha


" Hj Amin, macam mana ni, semalam seorang tak hadir, sekarang seorang lagi minta tak hadir. Berapa tahun lagi kes ini nak habis." Puan Norsalha, Puan Hakim untuk kes 'Ops Bubar DUN Perak' menegur Tuan Haji Aminuddin peguambela untuk kes ini.


Sejak kes bersambung pada Isnin 17 hb Disember, Tuan Haji Isha tidak hadir kerana sedang berada di Hospital di Kuala Lumpur menjalani pembedahan. Puan Hakim sudah memberi arahan agar sijil sakit segera dihantar hari ini atau waran tangkap akan dikeluarkan.

Manakala Faiz Arshad pula memohon pengecualian agar dia dapat pergi menghadiri temuduga kerja yang akan diadakan hari ini.

Faiz ketika ditangkap pada 6hb Februari 2009 adalah seorang pelajar di Kolej Islam Darul Ridzuan yang terletak tidak jauh dari Masjid Ubudiah di mana kejadian tangkapan berlaku-Perhimpunan Aman membantah perlantikan Menteri Besar Haram Perak.

Semalam 19hb Disember dua orang sahabat Faiz, Hashim Ahmad dan Zulkifli dipanggil menjadi saksi awam bagi pihak pembelaan. Mereka berdua turut bersama Faiz ketika kejadian.

Peguam kami Tuan Haji Aminduddin memaklumkan mereka berdua ini sekarang sudahpun menamatkan pengajian dua tahun mereka di Universiti Muqtah, Jordan dan pulang bekerja dan kini menjalani praktikal di sebuah sekolah di Sarawak. Faiz juga mendapat tawaran yang sama namun terpaksa ditolak kerana kes ini tidak membenarkan beliau melanjutkan pelajarannya di luar negara.

Entahlah, saya mungkin tidak memahami proses undang-undang. Namun saya berpengalaman melalui dua lagi kes yang lain juga berkaitan dengan tangakapan di perhimpunan aman. Untuk kedua tersebut juga membabitkan OKT yang ke luar negara melanjutkan pelajaran mereka masing-masing.

Kata seorang OKT, "patutnya Faiz bangun dan menyatakan bahawa dia sudah melepaskan peluang untuk melajutkan pelajaran, berilah peluang kali ini untuk pergi temuduga kerja pula."  Faiz akur dengan arahan Puan Hakim, "Telefon Pengarah syarikat ini dan maklumkan ada kes di sini." *Noktah*

"Tidak mengapa, Insyaa Allah, Allah akan sediakan peluang yang terlebih baik lagi." Kata seorang lagi OKT kepada Faiz sambil menepuk-nepuk bahu Faiz.

Ya, begitulah caranya kita mententeramkan hati. Allah lebih berkuasa, Allah tahu apa yang lebih baik buat kita. 



Bila sesuatu dugaan berlaku kita rasa seolah satu batu besar yang menghempap ke dada. Sesak. Sedih. Seolah sukarnya mahu nampak cahaya di hujung terowong itu. Namun bila ianya berlalu kita tidak sedarpun betapa Maha Mendengar dan Maha Mengasihaninya Allah pada hambaNya yang memudahkan urusan kita. 

Inilah yang telah kami lalui sepanjang hampir 4 tahun kes ini berlangsung. saya dapat memahami kekecewaan dan kesedihan itu bila mana suami sendiri terpaksa melepaskan peluang bekerja di luar negara yang memberikan pendapatan yang lebih. 



Perbicaraan kes 'Ops Bubar DUN Perak' bersambung hari ini jam 10.30 pagi. Bekas Aktivis Mahasiswa Shazni Munir dipanggil menjadi saksi. Kumpulan mereka pada hari kejadian telah berucap dengan sungguh bersemangat sekali sekitar jam 4 petang. Polis dan SB di sekeliling berlonggok namun tiada tangkapan dibuat.

Bila masanya sesebuah perhimpunan rakyat menjadi 'Haram' hingga segelintir perlu ditangkap, dipenjarakan, didakwa dan dibicarakan bertahun lamanya. Ini persoalan yang kita mahu jawapannya di dalam mahkamah ini kerana mereka yang ditangkap didakwa berada di perhimpunan haram dan gagal bersurai.

"Kalau ini dibenarkan dengan alasan mandat susah nanti bila kes ini masuk ke Mahkamah Tinggi." tambah Puan Hakim lagi. Aduh, harapan kami biarlah ianya berakhir dengan baik dan cepat. 

Menang atau kalah, Allah jua yang berkuasa menentukannya. Apa yang kami tahu kami tidak bersalah dan kami berkumpul untuk menyatakan yang benar. Melawan kezaliman.

Bangkitlah Rakyat!

Sumber: Ummu Asiah

Status Kak Nashita
"Dengan rasminya saya menjadi ibu tunggal."
Anak-anakku bertabahlah.

Abah pejuang!


Mohon membantu selagi termampu
Baru dapat berita abang bad Abah Anas Ar Rembawi telah dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun atas kesalahan mengambil gambar semasa himpuanan bantah kudeta kerajaan perak 2009. saya baru bercakap dengan kak n Nashita Md Noor. kami menangis. alngkah baik kalau saya ada bersama beliau. saya mohon bantuan dari kawan2 semua derma kilat. kak n tak bekerja dan abg bad sudah dipenjarakan mulai hari ini. mohon inbox saya untuk nombor akaun. -Raja Rohaisham Raja Muhaiddin
Tabung Bantuan Keluarga  'Ops Bubar DUN Perak'

"Bismillahhirrahmannirrahim" ... 
Pelancaran Tabung Bantuan Kepada Keluarga Abah Anas Ar Rembawi dan Keluarga OKT yang lain

Hari ini kita menyaksikan sebuah kezaliman. 
Kita melihat demi kelangsungan sebuah kuasa, rakyat terpaksa menderita.

Keluarga saya iaitu saudara Abah Anas Ar Rembawi bersama 12 yang lain hari ini SERTA MERTA dihukum penjara dua tahun mandatori hari ini dan sekarang sedang bergari untuk terus dibawa ke penjara. 

Ini kes mereka berhimpun bantah Kudeta kerajaan Najib terhadap kerajaan PR di negeri Perak pada 2009. Hakim atas konon alasannya menjaga kepentingan awam dan menghormati institusi raja terus memberi hukum ini sekaligus demi menghormati sistem itu telah menyebabkan sebuah atau tiga belas keluarga kehilangan suami dan ayah apatah lagi mata pencarian. Inilah kezaliman yang maha apabila kejahatan politik telah menganiaya rakyat yang mengeluarkan suara.

Keluarga ini dengan isterinya Nashita Md Noor sangat rapat seperi adik-beradik dengan kami. Kak Nashita suri rumah sepenuh masa melakukan jualan kecil-kecilan secara bergerak. Ayuh hulurkan bantuan sokongan moral dan material apatah lagi anak-anak mereka masih belajar. Yang sulung Anas Latif menuntut di Jordan sementara yang lan Ammar, Asma dan Asiah bersekolah dengan didikan agama yang baik. 

Akaun bank mereka .. Maybank Nashita : 1622 09939 776 ..

Aku harap kak Nashita Md Noor jadi wakil untuk tahanan OKT  'Ops Bubar DUN Perak'

2 comments:

  1. Sabar.Allah sentiasa bersama org yg benar

    ReplyDelete
  2. peluang tu, Allah asingkan kita dari kancah hidup. inilah peluang! jika diseksa secara rahsia dalam penjara nanti, itu adalah proses Allah nak naikkan kedudukan kita disisiNya. Biar lumpuh jasad didalam sana, jangan lumpuh iman dan taqwa kita!!!! Allahuakbar!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.