VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 12 September 2013

[AWAS] Fahaman Syiah Berkembang Di Laman Sosial

Dakwah gerakan Syiah cuba mengaburi penggunaan laman sosial dengan menggunakan akaun ‘Syiah tetap Islam’.

Selepas pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh tokoh-tokoh agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik mengenai kegiatan fahaman Syiah di negara ini, gerakan itu didapati semakin giat mengembangkan fahaman berkenaan kepada golongan belia menerusi laman sosial. 
Tinjauan Sinar Harian mendapati ia mula menular di laman sosial dengan pelbagai nama akaun sejak Ogos 2011 dan Mei 2012. Bagaimanapun, penularan itu dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini. 
Lebih mengejutkan, akaun tersebut turut menggunakan nama ‘ i’m proud to be Syiah in Malaysia’ sebagai tarikan kepada pengguna laman sosial. 
Difahamkan, penggunaan laman sosial itu bertujuan untuk mendedahkan mengenai fahaman dan kegiatan Syiah serta perbezaan Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah. 
Bagaimanapun, rata-rata pengguna Facebook (FB) yang beragama Islam mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen yang berbentuk kemarahan termasuk mencerca perbuatan dan kegiatan fahaman itu di akaun  berkenaan kerana bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. 
Sementara itu, Pengarah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ismail Ishak berkata, tidak dinafikan pihak berkenaan cuba menggunakan laman sosial sebagai dakwah kepada orang ramai. 
Menurutnya, penularan itu bukan sahaja boleh menggugat golongan belia yang sering melayari laman sosial, malah boleh mengancam akidah umat Islam yang lain tanpa mengira pangkat, umur dan jantina. 
“Sebelum ini pada 5 Mei 1996, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan Syiah adalah haram. 
“Keputusan itu juga menetapkan sebarang penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah haram. Oleh itu, perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan perlu tindakan tegas pihak berkuasa,” katanya. 
Ismail berkata, biarpun fahaman Syiah itu diharamkan, namun beliau tidak pasti sejauh mana tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar larangan fatwa. 
“Mungkin kita boleh ambil tindakan mahkamah kepada mereka yang berkenaan kerana  melanggar larangan fatwa,” katanya. 
Khuatir dengan perkara itu, beliau turut menasihatkan kepada semua pengguna laman sosial khususnya Facebook supaya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada melihat unsur-unsur percanggahan tentang agama Islam. 
“Saya tidak nafi kesannya kepada umat Islam boleh berlaku, tetapi yang menjadi persoalan adalah jumlah yang terpengaruh dengan fahaman Syiah. Kita tidak tahu ia boleh memberi kesan kecil atau besar. 
“Bagaimanapun, saya menasihatkan kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang ajaran baru dan bertentangan dengan ajaran Islam. Mintalah pandangan dan nasihat daripada ustaz dan pakar-pakar agama terlebih dahulu,” katanya. 
Dalam pada itu, beliau  menyarankan kepada pihak berkuasa memantau perkara itu dan ambil tindakan tegas sekiranya didapati berlaku perkara yang dilarang Majlis Fatwa Kebangsaan.
***
Semoga ALLAH membuka pintu hidayah kepada semua penganut fahaman syiah. 

Umat Islam di negara ini wajib menolak fahaman Syiah kerana terbukti ia merupakan satu fahaman sesat dan menyeleweng daripada al-Quran serta Sunnah.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi berkata, terdapat beberapa perkara pokok yang menunjukkan fahaman Syiah bertentangan dengan ajaran Islam sebenar antaranya ia tidak pernah mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah.

Berbanding golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah (sunni) beliau berkata, mereka mengiktiraf kesemua sahabat Rasulullah termasuk Saidina Ali Abi Talib yang bersama-sama berjuang menegakkan agama Allah di bumi ini.

Puak Syiah hanya menghormati dan mengiktiraf Saidina Ali dan keturunannya manakala sahabat-sahabat besar yang lain langsung tidak diiktiraf.

Malah, ada di kalangan puak-puak pelampau di dalam Syiah menganggap Saidina Ali adalah mulia sehingga ke peringkat lebih mulia daripada Rasulullah sendiri, katanya


Link Facebook Page: SYIAH TETAP ISLAM

1 comment:

  1. bagi peminat syiah, kajilah habis2 sebb melibatkan akidah. minta petunjuk Allah kalau keliru sgt.

    syiah adalah jarum dajjal utk merosak Islam dan umatnya. sepupu syiah adalah zionist yahudi laknatullah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.