VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 15 April 2015

Siapa Yang Bagi Peluru Pada Pembangkang? Tun Mahathir atau Najib Razak


Siapa Yang Bagi Peluru Pada Pembangkang? Tun M atau DSN?

Betul ke kritikan Tun M ibarat memberi peluru kepada pembangkang? Jom kita semak balik segala fakta dengan bertanyakan kepada diri kita soalan soalan berikut. 

1. Siapa yang MANSUHKAN Akta ISA sehingga meningkat nya kadar jenayah dan pembangkang semakin berani memainkan isu isu sensitif di negara ini?

2. Siapa yang JANJI pada pembangkang untuk menghapuskan Akta Hasutan?.

3. Siapa yang LANTIK individu pro pembangkang, majlis peguam liberal dan LGBT dalam Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional untuk merangka draf undang undang Akta Keharmonian Nasional bagi mengantikan Akta Hasutan?

4. Siapa yang GUBAL Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memberi ruang dan peluang untuk pembangkang berdemonstrasi di jalanraya?

5. Siapa yang MENANDATANGANI Penyelesaian 10 Perkara yang membenarkan penerbitan dan pengedaran bible berbahasa Melayu?.

6. Siapa yang MELAKSANAKAN konsep 1 Malaysia sehingga mengabaikan Dasar Ekonomi Baru dan bumiputera?

7. Siapa yang MENUBUHKAN 1MDB?

8. Anak siapa yang BELI rumah RM300 juta di Amerika dan berbelanja RM300 juta lagi untuk membuat filem?

9. Di bawah pentadbiran siapakah kos sara hidup semakin meningkat?.

10. Di bawah pentadbiran siapakah orang Melayu semakin tersisih dan tidak mampu memiliki hartanah terutama di bandar bandar?.

11. Dasar ekonomi siapakah yang menyebabkan semakin ramai anak Melayu menganggur?

12. Isteri siapakah yang mengembara ke seluruh dunia dengan mengunakan jet kerajaan ketika negara di landa musibah banjir?

13. Isteri siapa kah yang tanpa segan silu memberitahu rakyat jelata jumlah yang di belanjakan nya hanya untuk mewarnakan rambut?

14. Di bawah pemerintahan siapakah yang menjadikan pembangkang semakin kuat dengan menguasai sebegitu banyak kerusi Parlimen?

Kalau kita tak ada jawapan bagi soalan soalan di atas mungkin kita boleh rujuk kepada Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Wanita dan Puteri di Umno di bahagian masing masing. Mungkin dia orang ada jawapan nya. Kalau tak tak kan lah dia orang beriya iya menjulang DSN.

Warkah Buat Pemimpin UMNO


Assalamualaikum PEMIMPIN UMNO...

Ini pandangan peribadi saya.

1. Rakyat bukan tak sokong UMNO. Rakyat mcm kami ni amat sayang dan menaruh harapan penuh kpd parti pusaka ini utk terus menerajui negara. 

2. Yg kami persoalkan ialah pendekatan UMNO sekarang. Bila ditegur sikit bukan main melenting lagi org UMNO marah2 dan jadi begitu defensif. Isu yg dipersoalkan terus tenggelam.UMNO is in denial.

3. Kalo UMNO benar2 dapat merasai 'denyut dan nadi rakyat' maka jawab lah kpd rakyat. Bukan kpd org UMNO sendiri kerana rakyat lah yg akan mengundi nanti dan tentukan kedudukan UMNO kelak.

4. Rakyat sekarang mempunyai persepsi yg sangat negatif terhadap kepimpinan DSN.

5. Mereka menganggap peranan TM hanyalah sbg mesengger yg berjaya membawa mesej mereka terus ke lubok hati sanubari UMNO. Kalo tak UMNO sikit pun tak kesah apa org kata kat dia.

6. Percaya lah - kami pengundi tegar UMNO ni bukan mahu mengubah kerajaan. Kami hanya mahu kerajaan sedia ada ni berubah.Berubah kpd sebuah kerajaan yg dapat memberi keyakinan penoh kpd kami rakyat biasa. Buat masa ini faktor keyakinan (confidence level) ni amat tipis.

7.UMNO kini berdepan dgn bahana persepsi negatif yg boleh menjahanamkan peluangnya pada PRU-14 nanti. Masih ada masa utk UMNO berbuat sesuatu utk memenangi hati dan minda rakyat yg kini amat gusar. Buatlah tindakan yg drastik walau pun agak perit utk UMNO melaksanakannya.

8. Elemen2 yg menjuruskan ke arah wujudnya persepsi negatif ini sebenarnya berkisar kpd cara kepimpinan DSN dan isterinya Rosmah Mansur. 

9. Mungkin kebanyakkannya hanya tomahan. Tetapi perlakuan dan tindakan DSN dan isterinya itu tidak langsung boleh meredakan persepsi negatif ini. Peka lah kpd pandangan rakyat. Bukan isteri PM.

10. Adil kah UMNO kecundang hanya kerana rakyat sangat menyampah dgn isteri PM..? 
Kalo UMNO kata ini semua tak betul dan hanya tomahan Pembangkang jadi apakah yg UMNO perlu lakukan agar persepsi ini dibetulkan?

11. UMNO kena buat soul-searching. Lihat ke dalam dgn ihklas.....Tengok kat mana ada kudis dan pekong yg menghanyirkan UMNO sekarang.Kikis dan ubatilah mulai sekarang. Kalau perlu potonglah bahagian2 yg busuk itu agar ianya tidak merebak penuh seluruh badan yg boleh membunoh UMNO itu sendiri.Bahayanya tidak terkata.

12. Kalau sayangkan UMNO buatlah sesuatu yg drastik mulai sekarang utk selamatkan parti warisan ini. Jgn hanya akur membabi buta kpd seorang ketua yg berpontensi menjahanamkan parti ini. Saya rasa DSN tidak lagi mampu menghindarkan imej negatif yg ada padanya sekarang.

13. Ketahui lah saya dan kawan2 merasa sangat meluat melihat kuncu2 dlm UMNO yg sekarang terlompat-lompat kata mereka sokong penoh kepimpinan PM.

14.You can win this battle but youre going to lose the war.Memanglah semua org UMNO perlu sokong ketuanya...tapi lihat lah 'the big picture'.

15. UMNO patutnya sekarang sudah turun padang dapatkan sokongan padu rakyat utk hadapi PRU14. Bukannya aktif di saat2 akhir dgn menaburp tabur wang nak mancing undi mcm PRU yg lepas. Dorang ambil wang tapi tak ngundi UMNO pun.

16. Lawan lah dan betulkan persepsi yg sangat2 negatif ini terhadap kepimpinan UMNO sekarang. Masih ada masa.

17. Jawablah isu2 ini.
- Rosmah
- Isu2 yg ditimbulkan oleh TM (Jawapan PM dlm tv tidak meyakinkan)
- Persepsi Tahap rasuah dan kronisma yg tinggi.
- Najib terlalu manjakan Cina yg terang2 akan undi DAP.
- Kerajaan terlalu banyak bercakap dpd buat kerja.
- Kerajaan kelihatan lemah dan terlalu berkompromi dlm banyak hal.
- Kerajaan boros berbelanja.
- Rosmah (mewah sangat time kawinkan anak)
- Rosmah (mewah bergaya jenama yg mahal2 yg dipersoalkan mana datangnya duit dia)
- Rosmah.(kelihatan ranggi dan sombong)

18. Bagi saya kerajaan sudah pun kalah terok dlm aspek persepsi ini kerana jentera yg menjaga dan memelihara imej kerajaaan telah gagal berfungsi.The Govt is losing badly on the social media.

19. Saya bimbang kuasa yg sedikit yg kita ada sekarang akan terus terhakis kerana kita leka dan gagal tangani isu2 ini dgn bijaksana.

20. Do something pls. Masih ada masa. I love this country.
Thank you..

Sunday, 22 March 2015

Hudud dan Perspektif Kepercayaan


Tulisan Umum

22 Mac 2015

Hudud dan Perspektif Kepercayaan

Isu hudud kembali bergema dengan rentak yang lebih serius. Kali ini bukan sekadar mengundang retak menanti belah buat gugusan Pakatan Rakyat, tetapi turut mendapat perspektif umum - wajarkah sebuah negara Islam Malaysia mengamalkan hukum hudud, dan wajarkah ia bermula di Kelantan?

Secara peribadi saya sokong hukum Hudud dilaksanakan, ini hukum tuhan dan tak wajar kita pertikai, malah kita harus percaya inilah hukum terbaik untuk manusia sejagat khususnya orang Islam. Namun kewajarannya hudud dilaksanakan hari ini di Malaysia atau di Kelantan, masih harus bergantung kepada banyak perkiraan.

Perlaksanaan hudud mendapat tentangan hebat dari orang bukan islam, ini tidak pelik. Hanya pelik jika mendapat tentangan hebat dari orang Islam. Mari kita lihat mengapa penolakkan dari non-muslim berlaku.

Hukuman hudud adalah hanya untuk orang Islam. Siapa yang membandingkan orang bukan islam terlepas hukuman hudud berbanding orang islam, maknanya dia tak faham maksud ADIL dalam erti kata sebenar, meletakkan sesuatu yang kena pada tempatnya. Apakah jika mahu adil, anak lelaki dan perempuan harus memakai telekong untuk bersolat?

Dari satu sudut logika, seharusnya orang bukan islam terima Hudud ini dengan hati dan jiwa terbuka. Mereka harus berasa harta dan kepentingan mereka lebih selamat. Malah mereka juga tidak tertakluk kepada hukum hudud.

Jadi mengapa mereka menolak hukum ini?

Mereka (non-muslim) menolak bukan kerana mereka tidak faham, mereka menolak bukan kerana mereka buat-buat tak faham. Saya yakin tahap intelektual yang ada pada pemimpin-pemimpin parti dan NGO ini sudah layak untuk memahami soal Hudud, dan mereka sepatutnya mampu memberi pemahaman hudud kepada majoriti pengikutnya.

Justeru, jika mereka faham, mengapa masih tolak hukum hudud?

Jawapannya - soal kepercayaan. Bukan soal kepercayaan kepada agama Islam, kerana jika mereka percaya kepada Islam tentu mereka sudah memeluk Islam. Tetapi ia adalah soal kepercayaan terhadap pihak yang ingin melaksanakan hudud.

Saya yakin, mereka tahu islam itu agama yang suci. Namun mereka melihat dan mengalami sendiri tentang bagaimana masyarakat Islam di negara ini mengamalkan Islam tidak seperti yang digambarkan betapa sucinya Islam itu.

Mereka lihat, majoriti rakyat yang beragama Islam, hanya mengambil jalan berdiam diri apabila penindasan terhadap rakyat berlaku sewenangnya, apabila rasuah berlaku secara besar-besaran, apabila ketidak-adilan menyelubungi kehakiman negara, apabila harta khazanah negara dijarah, apabila rakyat miskin dicukai, apabila berlaku penipuan pilihanraya, apabila penegak demokrasi dihumban dalam penjara, orang islam diam membisu. 

Sedangkan majoriti dari mereka secara solid dan konsisten melawan. Mereka yang bukan islam ini bersungguh-sungguh secara hampir sebulat suara menolak pemerintah. Ini dibuktikan dengan jelas di peti undi semasa PRU-13, majoriti besar dari mereka menolak kerajaan zalim.

Padahal kita yang bernama islam ini, yang ada bin dan binti, sanggup ketepikan matlamat kemenangan apabila sanggup berbunuhan sesama sendiri di medan perang, sanggup tanding 3 penjuru kemudian tuduh itu dan ini tanpa bukti. Kita yang bernama muslim, bernama Mustafa dan bernama Hardi, sanggup sabotaj pimpinan tertentu dari gapai kemenangan hanya kerana pimpinan tersebut 'deck' lain walaupun dalam satu kapal.

Dengan sifat angkuh dan bongkak yang tidak melambangkan ciri islam sebenar (rendah diri dan tawadduk), dengan kesamsingan tersembunyi, dengan kekayaan terserlah (nombor plat mahal, mini cooper dan vellfire), dengan 'body language' yang seolah ingin bersekongkol dengan pemerintah zalim, bagaimana agaknya mereka yang bukan islam ini mahu percaya?

Ya benar tulisan ini agak spesifik, apalah yang mahu disorokkan lagi. Cuba jawab, bagaimana orang nak percaya kita jika kita sendiri khianat demi kepentingan tertentu? Bagaimana mereka nak percaya kita, jika kita sendiri dilihat kaya raya dengan sumber yang meragukan?

Untuk melaksanakan hudud harus ada majoriti yang menyokong. Kelantan punya majoriti untuk laksana hudud, tetapi tidak mendapat kepercayaan umum. Malah jika hudud ini diteruskan, usaha menumbangkan kerajaan zalim nampak sayup dan perpecahan Pakatan Rakyat akhirnya menjadi realiti. Akhirnya hudud ini tidak terlaksana juga, hanya hasilkan perpecahan semata. 

Jika benar nak laksanakan hudud, dapatkan kepercayaan terlebih dahulu. Dengan kepercayaan juga pemerintah zalim mampu ditumbangkan. Jika bukan islam tak percaya, malah orang islam di kampung, di felda dan pinggir bandar juga tidak percaya, bagaimana nak dapatkan majoriti untuk tumbangkan rejim?

Sedarlah, perkara pokok yang cuba saya sampaikan di sini ialah kepercayaan dan kebertanggungjawaban (akauntabiliti).

Hari ini, alasan mereka yang bukan islam menolak hudud hanya kerana perlembagaan persekutuan yang diangkat sebagai kedaulatan undang-undang (rule of law) tidak membenarkan hukum hudud dilaksana. Hudud ditentang di atas alasan ini, walaupun hakikat sebenar ialah tiada kepercayaan terhadap pelaksana hudud.

Percayalah, jika ada kepercayaan dan akauntabiliti terhadap pihak pelaksana hudud, mereka yang bukan islam ini sendiri akan menuntut supaya perlembagaan persekutuan disemak dan dipinda supaya hudud menjadi sebahagiaan dari hukum takzir yang termaktub dalam perlembagaan. 

Hari ini, penerimaan mereka amatlah jauh sekali. Mungkin mereka masih tertanya-tanya, tangan siapakah yang harus dipotong dari setiap gondolan-gondolan hutan yang menyebabkan kebinasaan luar biasa meranapkan ribuan tempat tinggal.

Mungkin ada yang akan bertanya kepada saya, apakah nak tunggu orang bukan islam percaya kepada pelaksana terlebih dahulu barulah boleh kita laksanakan Hudud? Ya. Kerana negara ini hanya nama sahaja negara Islam.

Sekian


Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, 19 March 2015

Kurang Ajar, Pekerja Stesen Minyak Petronas di Ludah Jadi Viral di Alam Maya





Senarai 13 Wira Rakyat Dalam Episod Duka Rampasan Kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat PERAK


Kenyataan Media
18 Mac 2015

Hukuman Penjara Untuk Penunjuk Perasaan Adalah Zalim!

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak menyifatkan hukuman denda RM5000 dan penjara 10 bulan yang dijatuhkan terhadap 13 penunjuk perasaan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini adalah satu kezaliman. 

Seramai 13 orang telah ditahan dalam satu tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009, adalah menifestasi rakyat dari satu rampasan kuasa yang jelas oleh regim pemerintah.

SAMM Perak menggesa keputusan ini disemak dan kes ini dimajukan ke Mahkamah Persekutuan, mengambil kira hak rakyat berhimpun adalah terpelihara dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

SAMM Perak juga meminta semua pihak khususnya parti dalam Pakatan Rakyat memberi perhatian yang besar terhadap kes ini, dan menjaga kebajikan mereka-mereka yang telah berjuang mempertahankan demokrasi tulin ketika krisis kuasa di Perak pada Februari 2009.


Sekian


Zulfadhli A'dil
Penyelaras Bersama SAMM Perak
Solidariti Anak Muda Malaysia

Senarai 13 Wira Rakyat Dalam Episod Duka Rampasan Kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat PERAK.

1. Bad Latif Mansor, 48;
2. Suhana Abdullah, 50;
3. Mohd Faiz Mohd Arshad, 27;
4. Zulhaizam Zulkifli, 30;
5. Isha Riduan Ishak, 60;
6. Adi Hilmee Mohd Nasir, 45;
7. Mohamad Nazeer Hameed, 49;
8. Khairul Azmi Hassan Basri, 49;
9. Mohd Hasri Ismail, 49;
10. Mohamed Ismail S M Abdul Kadir, 48;
11. Idris Mohd Thaib, 49;
12. Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 40; dan
13. Yusoff Jaafar, 49.

Allahumma...tabahkan sahabat2 kami ini dan kami semua agar terus berjuang. Kuatkanlah kesabaran mereka dan seluruh ahli keluarga mereka. Pelihara dan lindungilah mereka sepanjang berada di dalam tahanan itu ya Allah. Anugerahilah mereka hati yang ikhlas dan jiwa yang sentiasa kuat. Berikanlah mereka kesihatan yang baik. Jadikanlah sel sel penjara mereka tempat rehat dan uzlah yang baik di atas muka bumi Mu ini wahai Tuhan yang Maha Pengasih. Lapangkanlah dada mereka, tenangkanlah jiwa2 mereka, lenyapkanlah kedukaan di hati mereka dan hiburkanlah mereka dengan ujian halawatul iman ini...wahai Tuhan kami yang Maha Pemurah dan Belas Kasihan.

Allahumma aamiin.

🅰🅰🅰
Aiman Athirah Al Jundi
18 Mac 2015, 16:27

Saturday, 7 March 2015

Laporan Qazaf ke Atas Shafee Abdullah Pendakwa Raya Dalam Kes Liwat Anwar Ibrahim




Laporan Qazaf ke atas Shafee Abdullah Pendakwa Raya dalam kes liwat DS Anwar Ibrahim.

Shafee Abdullah jelajah seluruh M'sia bagi menyebar fitnah dan menuduh DS Anwar Ibrahim liwat tanpa 4 orang saksi.

Hukum Qazaf yang termaktud secara qatie subut dan qatie dilalah menerusi ayat Al Quran dari surah Al-Nur ayat 4 dan ayat 13.

Merujuk kepada jelajah Shafee Abdullah di Politeknik P.Pinang beliau patut di siasat di bawah ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH NEGERI P.PINANG 1996 Seksyen 41 Qazaf.

Sidang Media oleh Azrizal Tahir (Penyelaras Bersama Samm M'sia)

Aidil Ibrahim
(Penyelaras Samm P.Pinang

Thursday, 5 March 2015

GST KEUNTUNGAN RAKYAT ATAU MERINGANKAN HUTANG ORANG-ORANG TERTENTU


GST KEUNTUNGAN RAKYAT ATAU MERINGANKAN HUTANG ORANG-ORANG TERTENTU.

Kurang dari sebulan rakyat M'sia akan menikmati hasil keuntungan GST kata iklan-iklan GST yang di lakonkan dan disiarkan di semua saluran jajahan K'jaan Umno/Bn.

Kebanyakkan barang akan berlaku kenaikkan harga akibat GST.
Di Germany cukai GST ialah 19.9% tapi rakyat German dapat pulangan dalam bentuk pendidikan percuma, pengangkutan awam yang cekap, harga rumah yang rendah dan lain-lain. Di Singapore GST 7% dan pendapatan perkapita rakyat Singapore RM197 k tapi di Malaysia GST 6% dan pendapatan perkapita rakyat M'sia RM 37 k.

Bukan nak halang GST dilaksanakan tapi Negara kita masih tidak mampu mengurus wang dengan cekap, masih berlaku ketirisan dan pembaziran seperti yang di laporkan Audit Negara setiap tahun. Negara M'sia juga mempunyai pelbagai sumber untuk menjana pendapatan Negara namun Rakyat M'sia masih di belenggu kemiskinan dan terus di tekan dengan pelbagai kenaikkan harga barang dan cukai oleh K'jaan.

Bagaimana kemampuan K'jaan untuk menguruskan cukai baru ini ? Ataupun cukai GST terpaksa dilaksanakan dengan tergesa-gesa bagi membayar hutang-hutang orang tertentu.

Aidil Ibrahim
SAMM Penang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.