
Kenyataan Media
25 November 2015
Selepas mendengar penjelasan daripada Ahli-ahli Dewan Undangan kita dari negeri Pulau Pinang, kita berpuas hati dengan penerangan dan keputusan yang diambil oleh lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak mengundi dalam usul tambakan laut di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini.
Kita ambil maklum bahawa usul yang dibawa dalam Dewan itu bukan usul atau isu yang partisen. Isu yang dibawa itu adalah berkenaan dengan alam sekitar dan kepentingan rakyat.
Kita menghormati perbezaan pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat. Malahan, kita berpendapat bahawa demokrasi yang sihat itu harus disemarakkan.
Perlu juga ditegaskan bahawa kita harus ada suatu perpisahan kuasa antara pengubal undang-undang (legislators) dan eksekutif.
Ingin kita tegaskan bahawa kita komited dengan kerajaan Pakatan Harapan di negeri Pulau Pinang. ADUN-ADUN Keadilan menyokong kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan negeri Pulau Pinang
Isu ini dianggap selesai.
YB Datuk Johari Abdul
Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan ADUN
Parti Keadilan Rakyat
posted from Bloggeroid
adakah anda sokong kalau rm1bil dibyr sbg pampasan kpd sykt terlibat? mana rasionalnya kamu utk menyokong pelanggaran perjanjian yg telah ditandatangani oleh kerajaan bn yg lalu?
ReplyDeletetidak kau sudah masuk perangkap permainan umno bn yg telah meluluskan perjanjian tersebut sms mrk berkuasa dan skrg ingin menangguhkannya pula?