VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Tuesday, 5 November 2013

Soalan dan Jawapan untuk Kertas 3 SPM Sejarah 2013

SOALAN TUDINGAN SEJARAH SPM KERTAS 3
Sejarah Kertas 3
[100 markah]

Jawab semua soalan berdasarkan rangka jawapan di bawah.
TEMA 12 DALAM SUKATAN PELAJARAN SEJARAH TINGKATAN 5
BAB 9 BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 5

TAJUK: MALAYSIA DAN KERJASAMA ANTARABANGSA.
Sejak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.

Soalan: Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara. Hubungan luar dan sumbangan Malaysia dengan negara lain dapat memberi manfaat kepada Malaysia dalam pelbagai bidang. Bincangkan peranan dan sumbangan Malaysia  dalam pertubuhan serantau.
FORMAT
PERINCIAN
MARKAH PENUH
Pengenalan
  1. Pengenalan
Jelaskan matlamat dan bentuk hubungan dasar luar Malaysia.
5 markah
Isi dan huraian
  1. Pemahaman
Penggubalan dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menentukan corak dan dasar luar negara.
  1. Bincangkan asas-asas penggubalan dasar luar Malaysia. [10 markah]
  2. Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia bermula tahun 1957 hingga 2003. [30 markah]
40 markah



  1. Menganalisis
Jelaskan peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau berikut:
  1. Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA). [5 markah]

  1. Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO). [5 markah]
  2. Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). [5 markah]

15 markah
  1. Mengaplikasi
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik kepada semua negara, bagaiamanakah Malaysia memanfaatkan hubungan luar demi kemajuan di bidang pembangunan.
10 markah
  1. Menilai
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan pencapaian Malaysia sebagai kuasa ekonomi, politik dan sosial di peringkat serantau.
10 markah
  1. Menjana Idea
Dalam menjalin hubungan dengan negara serantau terdapat cabaran serta rintangan yang perlu dihadapi oleh Malaysia.
  1. Jelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam menjalin hubungan dengan negara serantau. [5 markah]
  2. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas. [5 markah]
10 markah
  1. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
Bincangkan iktibar yang anda pelajari hasil penglibatan  Malaysia dalam pertubuhan serantau.
5 markah
Penutup
  1. Rumusan
  1. Pengetahuan yang diperoleh
  2. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
  3. Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
5 markah

KERTAS SOALAN TAMAT



PERATURAN PEMARKAHAN SOALAN TUDINGAN SEJARAH SPM 2013 KERTAS 3
NO SOALAN
CADANGAN JAWAPAN
WAJARAN MARKAH
1
-buku teks ms 236 hingga 237
5 markah
2 i
-buku  teks ms 237 hingga 239
10 markah
2ii
-buku teks ms 240 hingga242
40 markah
3i
-buku teks ms 253
5 markah
3ii
-buku teks ms 254 hingga 255
5 markah
3iii
-buku teks ms 255-256
5 markah
4
-pertukaran/perkongsian teknologi dengan negara serantau
-pertukaran/perkongsian sains dan maklumat dengan negara serantau
-kerjasama dalam bidang ekonomi  seperti perdagangan dan perindustrian
-melakukan penyelidikan bersama dalam bidang keberhasilan utama negara serantau
-memeterai perjanjian persefahaman dalam bidang ekonomi
-menyediakan tenaga kerja pakar/nasihat pakar dalam bidang pembangunan
-menjalin hubungan diplomatik dengan semua negara ASEAN.
-membantu negara-negara serantau yang menghadapi masalah kewangan/politik.
-perjumpaan/persidangan/perbincangan dengan menteri-menteri bertanggungjawab dalam bidang ekonomi serantau
-mengadakan hubungan serantau dengan negara-negara maju seperti ASEAN + 3
-mengambil contoh budaya kerja berprestasi tinggi untuk diamalkan dalam negara
-menubuhkan pusat-pusat kecemerlangan serantau dalam bidang ekonomi/pendidikan/kebudayaan dsb.

mana-mana jawapan yang munasabah



10 markah
5
Dari segi ekonomi:
-Malaysia sebagai negara yang menguasai perdagangan (negara enterpot) maritim di Selat Melaka.
-Negara menjadi pengeluar komponen elektronik terbesar di Asia Tenggara.
-Negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Asia Tenggara.
-menjadi tumpuan pelabur asing untuk melabur dalam negara seperti Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor.
-menjadi hab halal bagi industri makanan
-mempunyai kepelbagaian program pembangunan ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Ekonomi Negeri-Negeri Timur.
-PROTON telah menembusi pasaran negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Brunei.
-menjadi negara ke-3 pendapatan terbesar dalam ekonomi ASEAN
-negara industri pelancongan yang terkenal di rantau.
-mempunyai rangkaian kukuh perbankan yang berlandaskan syariah
-negara pengeluar utama/industri petrokimi  minyak petroleum serantau.

Dari segi politik:
-berjaya menyelesaikan konflik bangsa Moro di Selatan Filipina dengan kerajaan Filipina dengan menjadi pihak pendamai
-melindungi pelarian UNHCR etnik Rohingya di Myanmar
-mengkritik pemerintahan junta tentera Myanmar yang menindas etnik.
-melindungi pelarian Vietnam semasa perang saudara Vietnam
-berjaya menangkis serangan konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.
-lantang mengkritik pemerintahan Vietnam semasa negara itu menceroboh Kemboja.
-berjaya mewujudkan gagasan idea ZOPFAN dalam Deklarasi Kuala Lumpur semasa persidangan negara-negara Asean.

Dari segi ekonomi:
-bijak menangani kemelut kewangan Asia yang berlaku pada tahun 90 an yang disebabkan oleh polisi yang dikemukakan George Soros.
-berjaya mengekalkan nilai Ringgit Malaysia yang kompetitif di peringkat ASEAN dan dunia sehingga kini.
-tidak mengikut telunjuk negara maju seperti Amerika Syarikat dalam perjanjian TPPA semasa persidangan APEC 2013.
-Malaysia diiktiraf sebagai acuan yang tepat bagi negara membangun yang menuju ke arah negara maju.


Dari segi sosial:
-menubuhkan pusat PERMATA yang pertama seumpamanya di Asean.
-penubuhan UIAM sebagai universiti Islam yang terkemuka di rantau ASEAN.
-negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya.
-negara yang mengamalkan demokrasi beragama iaitu agama rasmi ialah agama Islam di samping menghormati pegangan agama dan budaya kaum lain.
-dasar 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib bin Abd Razak berjaya mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.

mana-mana jawapan yang munasabah.
10 markah
6i
-tuntutan bertindih Malaysia dan Singapura terhadap kedaulatan Pulau Batu Puteh, kepulauan Spartly dengan China dan Filipina.
-menjadi negara tumpuan bagi pendatang tanpa izin dari negara serantau
-keselamatan negara teruji apabila kedaulatan Lahad Datu, Sabah diceroboh pengganas dari Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.
-keselamatan perairan yang luas yang terpaksa di awasi oleh pasukan keselamatan Malaysia.
-isu pembantu rumah dari negara serantau yang didera oleh majikan Malaysia dan pembantu rumah yang lari dari majikan
-perjanjian ekonomi yang tidak menguntungkan Malaysia dalam perjanjian TPPA semasa persidangan APEC.

-menghadapi isu/tentangan hak milik budaya asal daripada Indonesia.

mana-mana jawapan yang munasabah.
5 markah
6ii
-menyelesaikan tuntutan bertindih tersebut secara adil/rundingan dengan menyerahkan kes kepada Badan Mahkamah Dunia dan menerima keputusan tersebut dengan sebulat suara.
-melaksanakan program pemutihan dengan memperkenalkan kad pengenalan khas bagi pendatang asing yang bekerja sebagai buruh di Malaysia serta menangkap dan menghantar semula PATI ke negara asal.
-melancarkan operasi bercorak kepolisan serta ketenteraan bagi menggempur pengganas dari Filipina tersebut.
-menyemak/meminda/menggubal/mengetatkan semula syarat pekerjaan dan majikan berkenaan keperluan buruh sebagai pembantu rumah di Malaysia.
-tidak mengikut telunjuk Amerika Syarikat dalam tuntutan perjanjian TPPA dan meminta persidangan menyemak semula isi-isi perjanjian.
-menyelesaikan isu/tentangan melalui rundingan.

mana-mana jawapan yang munasabah.
5 markah
7
-meningkatkan perpaduan diantara negara serantau
-menerapkan semangat kekitaan dikalangan negara serantau
-bersedia bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk manfaat bersama.
-menyemarakkan semangat kemasyarakatan serumpun.
-menyokong dasar-dasar/resolusi yang telah dipersetujui negara-negara serantau.
-menerapkan sikap tolak ansur dan menyelesaikan semua persengketaan melalui rundingan.
-membantu negara serantau yang mengalami masalah politik/ekonomi bagi meringankan beban.

mana-mana jawapan yang munasabah.
5 markah
8
Buku teks ms 264
5 markah
PERHATIAN: SOALAN TUDINGAN DAN PERATURAN PEMARKAHAN YANG DIPAPARKAN DI ATAS  INI ADALAH SOALAN TUDINGAN DAN BUKANNYA SOALAN SEBENAR SPM 2013. IANYA SEBAGAI RUJUKAN DAN GAMBARAN AWAL KERTAS 3 YANG SEBENAR. CALON DINASIHATKAN UNTUK MEMBACA SOALAN SEJARAH SPM K3 DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN DAPATAN KAJIAN DI ATAS.

Sumber Blog Cikgu Sejarah

4 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.