VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 23 August 2013

[Tragis] Tuntut Pampasan Dari Pihak Genting Highland.. Apa Komen Hangpa?

Tarikh 21 Ogos akan menjadi kenangan pahit bagi rakyat Malaysia apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung ketika menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara sehingga mengorbankan 37 orang termasuk pemandu bas.
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

"Masih lagi teringat beberapa tahun dahulu, tanah runtuh di Genting berhampiran dengan tokong... runtuhan agak teruk walaupun tiada kemalangan jiwa, tapi pihak Genting tidak membenarkan Pihak Berkuasa masuk ke tempat kejadian, dengan alasan ia adalah kawasan persendirian. Konon boleh settle sendiri la... Media pun hanya dapat membuat rakaman melalu helikopter. Mana perginya pihak Genting Highland bila tragedi bas ini berlaku?? Mereka wajib membayar pampasan kepada keluarga2 mangsa... mereka harus bertanggungjawab kerana ini adalah kawasan 'persendirian' mereka... Dulu kata "jangan jaga tepi kain orang"... bila benda ni dah jadi... 'pihak berkuasa' gak yang mai tarik mangsa2 keluar..." -Sly Subterfuge
Terima Kasih Kepada Pihak Yang Terlibat..
Apakah langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan, pengguna pengangkutan awam, pihak syarikat bas untuk mengelak kejadian dari berulang? Berikan komen anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.