VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 20 August 2013

Berita baik kepada peminjam.. PTPTN Kan Adoooo... Apa Susah..

PTPTN laksana CCRIS kepada peminjam ingkar
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.


Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini hari ini.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - Bernama

Berita baik kepada peminjam PTPTN, mulai bulan ini PTPTN akan laksanakan sistem CCRIS, maka jika anda antara peminjam ingkar maka anda akan disenarai hitam oleh bank. Seronok tak?
Ayat selalu kita dengar dari mulut-mulut macai, dah pinjam bayar lah..  

Kebanyakan peminjam ptptn adalah orang melayu... Adakah akan ramai orang melayu yang akan di senarai hitamkan oleh perjuang bangsa melayu... syukurlah malaysia masih aman

Tahukah anda 
Bahawa setiap rekod bayaran terhadap pinjaman, gadaijanji, kad kredit, overdaft atau lain-lain yang anda lakukan setiap bulan kepada mana-mana bank akan mereka hantar ke Bank Negara Malaysia dalam format laporan bulanan.

Laporan-laporan bulanan ini akan di uruskan oleh Jabatan Kredit (Credit Bureau) dan akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem pengumpulan maklumat yang dipanggil CCRIS (Central Credit Reference Information Systems). Sistem CCRIS inilah yang dipanggil pengkalan data bersama itu. Mana-mana bank yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.

Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS.
-Julmazli Dot Com

CCRIS tu adalah record bayaran bulanan hangpa selama setahun.. Dengan CCRIS la bank-bank dapat baca carector hangpa dan kemampuan hangpa membayar loans hangpa.. Kalau bank dah detect hangpa ada banyak hutang riban-riban.. Mau ka bank nak lepas hangpa bagi pinjam duit, nak kawin ka, beli kereta, rumah...

Lihat data mereka2 yang tidak perlu membayar pinjaman ptptn. Kaum apa? Cina. Di satu sisi yang positif, kalau taknak bayar, belajar rajin2. Bayangkan semua yang belajar dan pinjam ptptn, dapat keputusan yang cemerlang, kan tak payah bayar? Itu satu sisi yang positif kalau melihat konsep PTPTN. Tapi di satu sisi, yang negatif pula, PTPTN diwujudkan semata2 nak memudahkan pelajar belajar tanpa perlu susah payah fikir pasal wang.. sebab dah diberikan pinjaman mudah. Dan pinjaman ini juga dijadikan sebagai modal ataupun pelaburan kepada kolej2 yang tumbuh bak cendawan sejak2 pinjaman PTPTN diperkenalkan. Mengambil kesempatan memperdagangkan ilmu. Hasilnya graduan yang tak berkualiti pun ada.. bayangkan.

Kita nak ramai graduan, tapi tak berkualiti.

Ataupun nak kurang graduan, tapi berkualiti?

Ataupun bukan kualiti jadi ukuran tetapi at least masing2 diterapkan dengan ilmu pengetahuan?

Mana satu? Konsep pendidikan percuma tue pada aku dah cantik dah. Semakin terhad tempat untuk mereka melanjutkan pelajaran, semakin mereka berusaha untuk menjadi berkualiti dan terbaik..

Namun dalam masa yang sama, aku juga sokong bahawa ilmu pengetahuan harus diagihkan pada semua, tanpa perlu bersifat terpilih. Semakin berilmu satu2 masyarakat itu, maka rakyat di negaranya semakin bertamadun. Ia perkara yang baik sebenarnya. -Acik

Aku jeles dengan orang yang dapat pinjaman dari MARA.. 
Aku lepas Diploma sambung belajar pastu dah hantar surat penangguhan bayar ptptn kena bunga ujrah RM20/bulan.. Apa cerita.. habis belajar pon tak lagi.. bunga ujrah dok jalan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.