VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 13 August 2013

[Dedah] Tawaran Najib Kepada Anwar.. Hangpa Nak Terima?

Najib ajak Anwar tubuh Unity Goverment, kerajaan perpaduan 12 Ogos 2013


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba berbaik-baik dengannya untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan gabungan parti pembangkang.

Laman berita Asia Sentinel melaporkan, Najib didakwa telah memulakan usaha tersebut secara senyap-senyap melalui bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla untuk merangka perkara itu.

Laporan itu menyebut, usaha terakhir itu berlaku ketika Jusuf berada di Kuala Lumpur pada pertengahan bulan lalu.

Jusuf Kalla juga cuba merundingkan perdamaian di antara Najib dan Anwar untuk menerima apa sahaja keputusan pilihan raya umum, didakwa atas usaha Anwar sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Mai Baca Tulisan ASD

Please continue yours reading HERE

Aku kurang pasti samada perkara ini pernah disuarakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan PKR Pusat atau tidak..

Tapi yang aku pasti ialah perkara ini tidak disuarakan oleh Anwar dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Negeri tetapi telah disuarakan dalam satu perjumpaan tertutup antara beliau dan beberapa AJK Cabang Permatang Pauh selepas PRU13 yang lalu.

Aku pasti ianya tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPN Pulau Pinang bila seorang sahabat yang turut berada dalam mesyuarat tersebut telah bertanya kepada aku kenapa Anwar tak sebutpun akan tawaran itu dalam mesyuarat MPN?

Dia bertanya kepada aku bila aku nyatakan Najib tawarkan Pakatan Rakyat lima jawatan penting dalam kabinetnya kepada Anwar dan PR melalui wakilnya..

Jawab aku.. mungkin dalam mesyuarat MPN tu semuanya 'yes man', jadi bila Anwar minta pandangan semua akan setuju begitu saja.. ya lah nak lawan takut kepentingan tergugat.

Kalau bukan kerana ramai 'yes man' dan kaki bodek masakan hanya laporan yang indah-indah saja sanpai ketelinga Anwar dalam mesyuarat itu..

Tak akan timbul kisah Raja zaman dulu dalam mesyuarat tu.. antara ayatnya "Ampun Tuanku.. beribu-ribu ampun.. sembah patik harap diampun.. sukacita hamba maklumkan bahawa segala lanun-lanun yang bermaharaja lela telah berjaya dikawal...."

Hakikatnya lanun yang bermaharaja lela yang kononnya telah berjaya dikawal itu masih mengganas.. kah.. kah..kah.. nak bodek punya pasal diberitahu kepada Raja kononnya semua terkawal padahal sebaliknya..

Jadi sebab itu Anwar suarakan kepada beberapa AJK Cabang Permatang Pauh, yang lebih rasional.. maksud aku golongan yang tak ada kepentingan, yang akan setuju jika ianya membawa kebaikkan dan akan lawan jika ianya memudaratkan Parti.

Tak kira siapa pun yang bercakap baik Presiden mahupun Ketua Umum.. kalau salah lawan tetap lawan!

Apabila Anwar menyatakan tawaran Najib dan Jawatan tertinggi dalam beberapa kementerian itu, beliau meminta pendapat..

Jadi.. aku tengok hang.. hang tengok aku.. tak sempat nak bidas dia.. Anwar bersuara "Kalau hangpa nak terima.. hangpa pi la.. aku tak terima.."

Sebabnya ialah tak ada maknanya jika tawaran Najib itu diterima sedangkan selama ini kita menetang UMNO/BN adalah kerana berbagai penyelewengan dan rasuah yang dilakukan.. bersama kerajaan yang ada akan menjadikan kita akur dengan apa yang mereka telah lakukan...

Akhirnya tawaran Najib kepada Anwar untuk membentuk Kerajaan Perpaduan ini yang selama ini disimpan sebagai rahsia didedahkan juga dalam media...
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Dalam wawancaranya dengan laman web Asia Sentinel, Anwar berkata, usaha itu dibuat oleh Najib namun beliau menolaknya melalui perantara sebelum ia sempat menjadi kenyataan.

    Ini ekoran serangan yang dibuat oleh Utusan Malaysia ke atas masyarakat Cina dan India. "Saya berkata, isu asas mesti diselesaikan dahulu, hentikan serangan perkauman, kerana ia perlukan kefahaman dan kesungguhan untuk reformasi dan perubahan," kata Anwar.

    Namun, sehingga itu, Anwar tidak menerima sebarang balasan dari Najib. Usaha kerajaan perpaduan ini dibuat melalui bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang melibatkan beberapa siri lawatannya ke Kuala Lumpur, yang terakhirnya beberapa minggu lalu.

    Awal tahun ini, Jusuff Kalla gagal dalam usahanya untuk mendapatkan komitmen Najib dan Anwar menerima keputusan Pilihan Raya ke 13.

    Sehingga kini tidak pasti kenapa Najib mahu menghantar wakil bagi membincangkan kerajaan perpaduan sedangkan Anwar bukannya mempunyai nama yang baik dalam Umno di samping masalah dalam Pakatan Rakyat sendiri ~ The Malaysian Insider


Dan berikut adalah sebahagian dari apa yang dilaporkan oleh laman web Asia Sentinel..
    Anwar confirms Malaysian PM's feelers for a unity government

    Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak, beset on his right flank by an implacable former Premier Mahathir Mohamad critical of his performance in the May 5 general election, has been making quiet overtures to opposition leader Anwar Ibrahim to explore the outlines of a unity government.

    The overtures, made through former Indonesian Vice President Jusuf Kalla, are a long, long shot at best. However, they have included three visits by Kalla to Kuala Lumpur, the latest in mid-July. Kalla earlier this year acted as an intermediary between Anwar and Najib at Anwar's initiative to seek to broker a commitment for a peaceful result in the May 5 general election.

    Kalla, now a businessman and head of the Indonesian Red Cross Society, has emerged as a major Southeast Asian peacemaker, brokering peace agreements in various conflicts across Indonesia during his time as vice-president from 2004 to 2009; he also played a role in attempts to settle conflicts in Thailand and Sri Lanka.

    While the pre-electoral contacts were made public in mid-May, with Kalla accusing Anwar of breaking the written agreement to accept the outcome of the election, the contacts have continued, according to sources in Kuala Lumpur.

    Anwar confirmed the new contacts, saying they had been initiated by Najib, who emerged from the election severely weakened within the United Malays National Organization, the country's largest ethnic political party, which he heads.

    The overtures were made via Ahmad Zahid Hamidi, the Home Minister in Najib's cabinet, a source told Asia Sentinel. Ahmad and Anwar were friends before Mahathir fired Anwar as finance minister and had him arrested and jailed in 1999.

    It is unsure if the contacts will go anywhere. They would require the three components of the opposition Pakatan Rakyat all to sign off. The idea of reaching out to the opposition, particularly Anwar's Parti Keadilan Rakyat, is likely to drive Mahathir into a fury and energize whatever followers the septuagenarian former leader still has in UMNO.

    Anwar, in an interview, said he had sent word through intermediaries that the incendiary racist attacks by the UMNO-owned broadsheet Utusan Malaysia on the Chinese and Indian communities would have to stop, and that the racial temperature in the country would have to cool before any progress could be made.

    "I said the fundamental issues must be addressed, ending the racial stuff, there has to be a clear understanding and commitment to reform and change," Anwar said. "I made it clear that discussions must deal with this first and that the racial rhetoric must not escalate. The UMNO president has always had a direct say in running Utusan." 
 ***Komen***
Kenapa lani madir arah ku nan supaya serang najib?

Setuju? Selepas dengan PAS gagal kini dengan PKR pulak?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.