Selepas 100 hari mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat masih mencari arah setelah dasar-dasar yang diumumkan sejak empat tahun sebelumnya tidak menghasilkan natijah seperti yang dikehendaki.Penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat keputusan PRU13 menunjukkan dasar-dasar yang diumumkan oleh Najib selepas mengambil alih pentadbiran negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak diterima oleh masyarakat.
Katanya, akibat dari keputusan PRU13 yang menyaksikan prestasi Barisan Nasional (BN) semakin menurun berbanding 2008, Najib seolah-olah cuba menilai semula beberapa keputusan yang telah dibuat sebelum ini.
"Selepas PRU13, Najib seolah-olah mencari arah sama ada mahu meneruskan dasar yang diumumkan empat tahun lepas atau menilai semula pembaharuan yang dilaungkan.
"Kalau kita lihat, 100 hari pertama Najib selepas PRU13, tidak jelas arah yang hendak dituju, beliau bercakap tentang national reconciliation tetapi hingga ke hari ini perkara tersebut masih tidak jelas, apakah bentuknya?
"Sepatutnya, bila beliau umumkan mahu laksanakan national recociliation, perkara tersebut perlu dijelaskan apakah bentuknya dan bagaimana mahu dilaksanakan," katanya kepada astro Awani.
Selain itu, Dr Shaharuddin juga berpendapat, 100 hari pertama mendapat mandat mentadbir negara, Najib juga dilihat tidak dapat membentuk kabinet yang sempurna dan lebih banyak memberi peluang kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak berbanding Semenanjung.
Katanya, kegagalan memujuk wakil MCA menduduki kabinet juga membuktikan bahawa 100 hari pertama Najib amat memeritkan.
"Dari sudut melantik menteri Kabinet kita lihat terlalu banyak dari sabah dan Sarawak hingga banyak program tertumpu ke sana dan tidak lagi bersifat nasional.
"Kalau kita lihat isu wanita atau masalah perumahan banyak ditumpukan di Sabah dan Sarawak kerana menterinya datang dari sana," katanya.
Dari sudut UMNO pula, 100 hari pertama selepas PRU13 juga Najib dilihat menggunakan peluang untuk mengukuhkan kedudukan di mata ahli-ahli UMNO.
"Tahun ini UMNO akan mengadakan pemilihan dan prestasi UMNO biarpun bertambah baik dalam PRU13 tetapi ia bukan jaminan untuk Najib kekal sebagai presiden.
"100 hari pertama ini, Najib cuba untuk mengukuhkan kedudukan di mata ahli UMNO biarpun kemungkinan beliau tidak dicabar oleh sesiapa," katanya lagi. -Astro Awani
***Komen***
Nasib baik la yang cakap ni prof.. kalau keluar dari mulut PR konfom depa tak boleh terima..
Senaraikan pencapaian kerajaan BN dalam seratus hari ni
1. Umat Islam terhina kehulu ke hilir
2. Syiah sesat sana sini
3. Jenayah tembak menembak semakin meningkat
4. Harga kereta proton turun
5. Bonus raya RM500
1. Umat Islam terhina kehulu ke hilir
2. Syiah sesat sana sini
3. Jenayah tembak menembak semakin meningkat
4. Harga kereta proton turun
5. Bonus raya RM500
6. .....
Pencapaian yang ketara:
1: Peningkatan
Harga barang terus melambong tanpa kawalan harga rumah terus melompat sampai ke langit.. Isu gelandangan semakin meningkat selaras dengan peningkatan kos kehidupan.
2: Penurunan
Moral value dikalangan rakyat malaysia semakin murah..
Pistol serta peluru makin mudah dan senang diperolehi sehingga tembak menembak berleluasa..
Taraf hidup semakin menurun, pegawai gomen sekarang setarap pekerja kilang, operator kilang pulak setarap cleaner, cleaner setarap peminta sedekah... semuanya dah jadi golongan asnaf... layak mendapat bantuan zakat dari menteri yang kaya raya
3. Tidak berubah dan sentiasa kekal walaupun 100 hari
Kelantangan Media memainkan isu perkauman, mempromosikan serta berkempen bagi pihak parti pemerintah sampai tahap menyampah nak tengok berita.
Kehebatan Umno serta kuncu kuncunya...walaupun ditolak sebahagian besar rakyat, masih lagi berbangga diri. Gagal mencari punca kehilangan populariti.
Pemimpin kekal berfikir ditahap yang sama 4 tahun dulu dan mungkin juga 4 tahun yang akan datang.

Najib masih mencari arah, sebenarnya saya mencari Najib, di manakah beliau di kala rakyat sedang bergelut dengan tekanan ekonomi dan ketakutan melampau meskipun berada di dalam rumah sendiri..
Mai hangpa pulak komen yang nie?
"hat yang songkok tu masa zaman dia perintah dia kira dok kalut bayaq hutang kerajaan yang sebelum tu ... sampai lupa kebajikan masyarakat kat kampungx2 yang perlukan bantuan dan sokongan dari segi kewangan dan kebendaan... dia ada la jasa jugak pasai siapkan KUIN... hat botak tu pulak pandai berlakon...macam clown siap dgn jubah dan jadi imam lagi... dan cukup pandai perabih duit... anak daddy... yg dok atoq dia daddy dia la...." -Hijaz Sah
No comments:
Post a Comment