VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Thursday, 10 January 2013

Nak Habaq Dekat Hangpa Jangan Takut Nak Pi Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Tidak mustahil Himpunan Kebangkitan Rakyat, Sabtu 12 Januari ini di Kuala Lumpur akan mencapai sasarannya - sejuta orang.


Pendukung Pakatan Rakyat sendiri sudah diarahkan oleh pimpinan tertinggi parti supaya datang beramai-ramai ke Ibu Kota untuk menyertai Himpunan ini yang akan berlangsung secara aman dan tertib.

Sebenarnya majoriti rakyat sudah tidak lagi takut menyertai himpunan seperti ini, terutamanya sejak Himpunan Bersih dulu serta Himpunan Lynas, Himpunan Pengerang dan beberapa himpunan lagi. Ternyata semua himpunan rakyat ini berjalan dengan aman dan tertib, tidak ada harta benda awam yang musnah, jualan makanan dan minuman lebih laris dari biasa dan tiada sebarang gangguan terhadap kehidupan harian.

Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu ini dijangka berlangsung secara aman dan tertib. Tidak akan ada kekacuan, kecuali jika ada provokasi dari pihak tertentu yang berniat jahat untuk menimbulkan ketegangan. Namun pihak keselamatan yang disediakan oleh penganjur Himpunan yang akan bekerjasama dengan pihak polis akan mempastikan Himpunan itu akan berjalan secara aman dan penuh harmoni.



Rakyat sedang melangkah ke depan dan tidak akan berundur lagi, seperti kata Almarhum penyair Usman Awang: Kawan-kawanku yang dikasihi, di depan duri di belakan api, kita tidak boleh undur lagi.

Pesanan Aku:

Untuk mengelakkan Rakyat Jadi Lauk Polis atau salah belasah... apa la sangat..
Kepada Pendemo.. please follow the rule and jangan biar emosi kawal diri kita sampai bertindak keterlaluan..
Yang penting!!! HANGPA TOLONG TANGKAP PROVOCATOR/PENCETUS PROVOKASI dan serah kepada pihak Polis.. dan mintak seseorang follow apa akan jadi kat provoter tersebut untuk mengetahui pihak polis dibelah mana..

Hehehehe..

TANGKAP TUKANG PROVOKASI!!! itu yang penting sebab depa lah yang menjahanamkan sesuatu event.

INGAT PROVOKASI ITULAH PAS UNTUK POLIS BELASAH RAKYAT.. PROVOKATOR Mungkin Ada di Kalangan Kita.. AWAS!!! 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.