VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Wednesday, 9 January 2013

Akhirnya Pihak Pengurusan Stadium Merdeka Akur Dengan Tuntutan Rakyat


TOLONG SEBARKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT HALAL

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.


Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan stadium itu digunakan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal diadakan Sabtu ini.


Ini merupakan satu perkembangan positif di mana setiap pihak memberi layanan lima bintang kepada pihak pembangkang walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan stadium.

Apa yang aku harapkan ialah setiap peserta menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi menunjukkan bahawa kita datang bukan untuk BERTEMPUR, tetapi kita datang untuk berjuang dalam suasana yang aman dan harmoni tanpa sebraang unsur provokasi.

Ayuhlah wahai saudara rakan seperjuanganku sekalian...!!!

Buktikan kepada mereka, kita bukanlah pengganas, kita bukanlah perusuh dan kita bukanlah berniat jahat.

Niat kita cuma satu, untuk bangkit menunjukkan kuasa suara rakyat yang sudah muak dan jelik dengan perkara mungkar dan batil.

Apa yang kita mahukan hanyalah sebuah proses pilihan raya yang telus dan adil. Kita mahukan pemimpin negara sekarang mendengar dan bertindak di atas ketidakpuasan hati rakyat untuk menjamin pilihan raya yang lebih adil.

Jangan sekali-kali menimbulkan provokasi sepanjang himpunan dan peserta jangan terlalu melayan sebarang provokasi yang dibuat oleh pihak mereka. Bangkit secara aman...kita tidak sama seperti mereka yang ganas dan zalim.

Aku rasa mesti puak-puak jahat akan tanam awal-awal benih keparat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112.. Jadi.. 

AWASI PENCETUS PROVOKASI, TANGKAP DAN SERAHKAN KEPADA PIHAK BERKUASA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.