VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 12 January 2013

PIKET 'GANGNAM STYLE' CIMB DI CIMB PRANGIN MALL

PIKET 'GANGNAM STYLE' CIMB – 2013



Georgetown, P.Pinang 11.01.2013- NUBE Malaysia telah mengadakan piket kebangsaan yang pertama pada tahun 2013 ini terhadap CIMB Bank Berhad.



Piket yang nama "PIKET 'GANYANG STYLE' CIMB” ini julung kalinya diadakan di Pulau Pinang adalah pembuka tirai 2013 sekaligus telah memberi penghormatan kepada NUBE Wilayah Utara, P.Pinang/Kedah/Perlis (PKP) untuk menjadi tuan rumah.

Pulau Pinang yang menjadi destinasi pilihan pada piket kali telah melakarkan sejarah kepada NUBE PKP dengan kehadiran barisan Exco Kebangsaan dan Pegawai-Pegawai Utama NUBE telah menaikkan semangat Ahli-ahlinya di Wilayah Utara dalam memperjuangkan hak mereka sebagai pekerja yang bermaruah dari ditindaskan oleh Majikan Kapitalis CIMB ini.

Selain dari kehadiran Ahli-ahli NUBE yang dianggarkan seramai lebih 400 orang, Sekretariat MTUC Pulau Pinang, Kesatuan-kesatuan gabungan seperti RUM, Ngo dan rakan-rakan seperjunagan unionis turut hadir menjadikan piket ini sebagai himpunan pekerja terbesar di P.Pinang pada awal tahun 2013 ini.

Piket aman selama 1 jam tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang seperti kebiasaannya membanjiri Pulau Pinang pada setiap hujung minggu sebagai destinasi pelancongan antara lain memberi kesedaran serta gambaran sebenar bahawa kezaliman majikan Kapitalis CIMB ini telah melampaui batasnya menyebabkan kebangkitan dan kemarahan pekerja tidak dapat dibendung lagi.

Namun piket tersebut telah berjalan dengan lancar dengan pengawasan AJK dan AJK Kerja NUBE PKP yang bertugas serta pemerhatian dan kerjasama dari PDRM yang mengawal selia lalulintas.

Bagi menghargai serta mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan Ahli-ahli NUBE di Wilayah Utara dan Exco Kebangsaan NUBE serta rakan-rakan unionis, NUBE PKP telah menjemput peserta-peserta piket ke 'Jamuan Teh Solidariti' yang diadakan di Pejabat Kesatuan NUBE PKP pada petang yang sama selepas Piket

Nantikan Siri PIKET 'GANYANG STYLE' CIMB seterusnya yang akan datang berdekatan anda...

“NUBE DIJUNJUNG – PEMIMPIN DISANJUNG – AHLI DIPAYUNG”

More picture: NUBE MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.