VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 8 January 2013

Polis Keluarkan Pas Untuk "Belasah" Rakyat Sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat?


Pihak polis telah menggesa wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan Pakatan Rakyat Sabtu ini memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti.


Langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini ini dilihat sebagai satu usaha untuk mengelak berulangnya kejadian petugas media dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas.

Semalam, beberapa wartawan Malaysiakini menerima panggilan telefon dari kontinjen polis Kuala Lumpur meminta senarai wartawan yang akan membuat liputan perhimpunan tersebut.

Senarai itu dikehendaki dikemukakan selewat-lewatnya esok, termasuk butiran peribadi seperti nombor telefon dan MyKad.

Ketika dihubungi, ACP Ramli Mohamed Yoosuf, pembantu kepada ketua urusetia (perhubungan awam) Ketua Polis Negara (IGP), berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan.

"Kita tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku seperti masa lalu," katanya, merujuk kepada BERSIH 3.0.

Ditanya mengapa pasukan polis mengambil langkah tersebut sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, Ramli berkata, pas polis yang dikeluarkan itu akan memudahkan keadaan.

"Kadang-kadang, mungkin kita tidak biasa dengan ini (kad akhbar) ... Tugas saya ialah untuk memberitahu pegawai kami bahawa mereka yang memakai pas kita adalah wartawan dan patut diberi kerjasama."

Beliau juga menggesa wartawan untuk memakai jaket yang dengan jelas menunjukkan media organisasi masing-masing semasa perhimpunan tersebut.

Ramli menolak tanggapan bahawa langkah pengenalan khas itu adalah satu percubaan halus untuk menghalang wartawan daripada menjalankan tugas mereka.

Beliau berkata organisasi media perlu melihat langkah itu secara positif kerana ia bertujuan untuk melindungi mereka. -MKINI


Apa akan jadi bila Polis laksanakan pas ini (andaian orang ramai):
-Tanda-2 awal yg pihak berkuasa bakal mengganas terhadap org awam
-Supaya tak Salah bantai,Macam Bersih duduk bantah
-polis akan memakai pas yang sama dan menyamar sebagai wartaman. senang nak cetuskan huru hara. bila dah berlaku huru hara, wartawan akan di persalahkan. jadi pihak polis terselamat dari tomahan. taktik lama sb. pastu penganjur akan di panggil siasat. kalau tak percaya tanya musa hasan dan fauzi shaari. pihak wartawan plak kena bagi satu tanda pada wartawan yang membuat liputan pdhari itu pakai satu lagi tanda yang mudah dikenali. jd polis yang menyamarwartawan akan kantoi
-senang la nanti polis nak rampas kamera org yg takder pas... kalau tak rampas nanti banyak sangat gambar bukti muat naik dalam youtube... ingat rakyat bodo ker apa
-Senang polis2 yang tak bernombor di uniform membelasah rakyat sabtu nie


Pesanan Aku:

Untuk mengelakkan Rakyat Jadi Lauk Polis atau salah belasah... apa la sangat..
Kepada Pendemo.. please follow the rule and jangan biar emosi kawal diri kita sampai bertindak keterlaluan..
Yang penting!!! HANGPA TOLONG TANGKAP PROVOCATOR/PENCETUS PROVOKASI dan serah kepada pihak Polis.. dan mintak seseorang follow apa akan jadi kat provoter tersebut untuk mengetahui pihak polis dibelah mana..

Hehehehe..

TANGKAP TUKANG PROVOKASI!!! itu yang penting sebab depa lah yang menjahanamkan sesuatu event.

INGAT PROVOKASI ITULAH PAS UNTUK POLIS BELASAH RAKYAT.. PROVOKATOR Mungkin Ada di Kalangan Kita.. AWAS!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.