VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 4 December 2012

AES: Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi

Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03/12/2012 berkaitan AES..

Tuan Yang di-Pertua, berhubung pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut:

(i) kesalahan pertama - memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman;

(ii) kesalahan kedua - melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan

(iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu:

(a) Perak - saman dikeluarkan 81,001 saman;

(b) Selangor - 142,809 saman;

(c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan

(d) Putrajaya - 22,876 saman.

Jumlah 256,899 saman.

Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23/09/2012.

256,899 X RM300 = RM77,069,700.00

Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi....



Sumber: 
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)



Berdasarkan jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara - Dari 23/09/2012 hingga 26/11/2012 sebanyak 256,899 Saman AES dikeluarkan dari 14 lokasi yang telah beroperasi.....

Komen : 1 saman RM300 : 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 dan daripada RM77,069,700.00 tu kedua2 syarikat akan dapat RM4,110,384.00

3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.