VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 8 December 2012

UAI & Gambar Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Kedah, Kehadiran Rakyat Telah Menafikan Lagu Anak Kecil Main Api























Betul ka Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Stadium Sultan Abd Halim, Suka Menanti, Alor Setar tidak berapa ramai sangat yang datang sebab rakyat dah mula menolak PAS/PR selepas Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Rakyat Kedah dikatakan sudah terpukau, tersilau dan terpegun dengan kata-kata hebat lagi bersemangat Presiden UMNO Najib Razak di PWTC.

Rakyat sudah mula kembali menyokong UMNO.

Perlu ingat Kedah adalah negeri mantan Presiden UMNO selama 22 tahun no ahlinya 00000001, Tun Dr Mahathir b Mohamad.

DSAI sudah hilang aura dan daya penariknya.. Pidatonya sudah tidak lagi berjaya menambat hati rakyat.

OOOPPPSSS.. BETUL KE APA YANG ADMIN CAKAP NI?...SEBAB JUAK-JUAK UMNO DOK KEMPEN MERATA KATA SEDEMIKIAN....UMNO SUDAH KEMBALI KUAT GAGAH PERKASA DAN MAMPU SAPU BERSIH SEMUA NEGERI.

TAPI BILA DILIHAT PADA RAKAMAN GAMBAR DISTADIUM SULTAN ABD HALIM, SUKA MENANTI, ALOR SETAR, NAMPAK GAYANYA KEDAH TETAP, INS'Y ALLAH, DIBAWAH PEMERINTAHAN PAS/PR PADA PRU 13 NANTI.

HADIRIN DIKATAKAN MELEBEHI 20,000 ORANG....SEPATUTNYA BILA DAH CANANGKAN JIKA UNDI PAS/PKR/PR ISLAM DAN MELAYU AKAN TERPINGGIR TIDAK DIJAGA, MAKA YANG HADIR MESTILAH SEKITAR RATUSAN ORANG SAJA.

INI TIDAK, MAKIN DIHENTAM DAN DISERANG LAGI RAMAI YANG DATANG...

NAJIB SUDAH PUCAT LESI, GUNDAH DAN GELABAH....TARIKH PEMBUBARAN PARLIMEN MAKIN TIDAK JUMPA!!!!! -OK

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Para pemimpin Pakatan Rakyat yakin, jalan untuk ke Putrajaya semakin terbuka luas ekoran tanda-tanda yang ditunjukkan oleh para pemimpin Umno dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU 12) baru-baru ini.

Permohonan maaf Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan tangisan perwakilan mereka yang berucap membayangkan tanda-tanda itu.

"Adakah perwakilan ini menangis kerana takut kehilangan kuasa," tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di himpunan itu.

Pemimpin PAS di Kedah pula mengajak rakyatnya agar menjadikan usaha untuk ke Putrajaya sebagai kaedah untuk memudahkan pelaksanaan segala usaha untuk kepentingan negara dan rakyat.

Keyakinan dan harapan ini dikemukakan mereka dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti malam ini.

Lebih 20,000 rakyat Kedah memenuhi stadium terbuka ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak adalah pemimpin utama yang berucap di samping Haji Mohamad Sabu yang menjadi pengarah himpunan ini.

Selain memberikan ucapan, mereka juga mendengar ikrar dari wakil PAS, PKR dan DAP yang berjanji untuk memberikan kesetiaan kepada Pakatan Rakyat dan berjanji untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi mempastikan Pakatan ke Putrajaya.

Himpunan kebangkitan rakyat peringkat negeri Kedah ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat, Johor.

Hari Ini himpunan akan diadakan di Melaka, Ahad ini di Pahang dan 14 dan 15 Disember depan di Paka, Terengganu.

Bela Islam dan Melayu

"Saya berjanji akan berbuat apa saja untuk menaikkan martabat Islam dan orang Melayu di negara apabila berada di Putrajaya nanti," kata Anwar sambil menambah, "Saya berkata ini di depan semua pihak termasuk Cina dan India.

" Anwar penuh keyakinan adalah tidak mungkin untuk PAS dan PKR untuk meminggirkan Melayu sebagaimana dituduh Umno.

Lim Kit Siang pula berkata, Umno di depan orang Melayu akan berkata, DAP akan memimpin negara ini dan menjadikan Malaysia negara Kristian.

(Anwar berjanji akan memastikan martabat Islam dan Melayu terjamin di bawah Pakatan) MCA pula di depan orang Cina berkata PAS akan menjadikan Malaysia negara Islam.

"Semua ini adalah cara nak pecah belah," kata Kit Siang.

Kit Siang juga mempersoalkan, apakah sebenarnya yang diminta maaf oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib ketika PAU 12 baru-baru ini.

"Adakah kerana menjadikan Malaysia negara yang paling korup di kalangan perdana menteri Malaysia yang ada," kata beliau mengulas indeks korupsi negara yang sedikit menurun tetapi masih tertinggi berbanding indeks korupsi Malaysia di bawah perdana menteri sebelum ini. -HD 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.