VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 11 December 2013

UG: MB Kelantan Sudah, PAS Pulau Pinang Bila Lagi Nak Jumpa Najib


Kontroversi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakub bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggap sebagai kelangsungan idea Kerajaan Perpaduan (UG) PAS dan Umno sebelum ini turut dicuit dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town pada pagi ini.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin membangkitkan pertanyaan itu sambil menuntut resposn lanjut daripada ADUN Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


"Menteri Besar Kelantan (Ahmad) telah bertemu Datuk Seri Najib Razak, YB Permatang Pasir (Mohd. Salleh bila lagi," tanya Roslan dalam nada seloroh.

Roslan, wakil rakyat Umno secara tiba-tiba membangkitkan soalan itu perbahasan 'Doktor Rasis' : Roslan Saidin dirujuk ke JK Hak & Kebebasan panas! diperbahaskan.

Mohd. Salleh dalam reaksi spontan cuba menolak provokatif Roslan, tetapi dihalang oleh ADUN Jawi, Soon Lip Chee serta dipersetujui oleh Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang atas alasan tidak signifikan dengan usul yang dibentangkan itu. 



Tindak-tanduk Roslan itu timbul pelbagai tanda tanya, termasuk dikaitkan dengan pertemuan sulit Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan beberapa pemimpin mesra UG di Pulau Pinang dalam rangka mencari Pesuruhjaya Negeri yang baru.

Samsuri didakwa tidak bertemu dengan semua pemimpin PAS Kawasan di Pulau Pinang, termasuk Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Yang di-Pertua PAS Kawasan Bukit Gelugor merangkap AJK PAS Pusat), tetapi, hanya bertemu dengan pemimpin tertentu yang terlibat mengancam PAS keluar dari Pakatan Rakyat Pulau Pinang sahaja.

UG: Mohd Salleh anggap Roslan cuba tutup kelemahannya

Demikian respons lanjut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Mohd. Salleh Man semasa ditanya mengenai hal yang pernah meledak politik dalaman PAS sejak tahun 2008.

"Dia cuba alih perhatian dewan kepada saya pagi tadi hanya untuk tutup kelemahannya," respons Mohd. Salleh yang juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang di Dewan Jamuan DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Beliau yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) turut mengaku bahawa beliau tidak diberitahu mengenai pertemuan sulit Setiausaha Politik bagi Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar dengan kepemimpinan parti peringkat negeri, semalam.

"Itu mungkin tinjauan tidak rasmi pihak tertentu sahaja," seloroh Mohd. Salleh.

Sumber parti yang diteroka tengah hari tadi memberitahu, beberapa pemimpin pro Kerajaan Perpaduan (UG) Umno dengan PAS menasihat Samsuri supaya mencadangkan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat pungutan suara.

"Pro Mohd. Noor Harun (Setiausaha Perhubungan Negeri Pulau Pinang) yakin mereka boleh menang (dilantik sebagai PJ) jika (pungutan) suara majoriti dilakukan di peringkat kawasan," ujar sumber itu.

Nota Kaki
... Dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang

Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.