Kepada para peminat Allayarham Tan Sri P Ramlee, mungkin ada antara anda yang tidak mengetahui sebetulnya kisah hidup jatuh dan bangun Allayarham. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa mahupun menangis sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.
Lihat juga bagaimana 'berjayanya' P Ramlee dijatuhkan oleh bangsanya sendiri sehingga tumbang dan tersadai tidak bernilai lagi.
Playlist dari rakaman History Channel ini amat baik untuk ditonton dan kita hayati bersama sukarnya kehidupan seorang P Ramlee ketika masih hidup dan hanya diagungkan selepas dirinya tiada lagi di dunia ini.
Tonton dan simpan video ini agar anak, cucu serta cicit kita nanti tidak melupakan tokoh lagenda hebat ini. Al-Fatihah untuk Allayarham Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh.
Playlist: History Channel - P Ramlee Suka Duka (History Channel) Full
Dia duduk singapura tapi cina sayang dia, tapi bila dia balik kampung dia (MALAYSIA) melayu jatuhkan dia. Bangsaku memang pelik, itulah melayu.
Sesuatu bangsa itu jatuh bukan disebabkan oleh kekuatan bangsa lain, tetapi disebabkan oleh bangsa itu sendiri.
P.Ramlee setiap cerpen karyanya mengandungi tentang agama Islam, unsur-unsur positif, nilai-nilai murni yang menjdi pengajaran dan tauladan sepanjang zaman kerana sebelum pembikinan filem P.Ramlee mengkaji selidik mengenai kehidupan pada masa yang akan datang yang sudah dinyatakn dalam Al-Quran dan Hadis. Bukan seperti pembikinan filem zaman' sekarang semuanya ikut trend dan tiru balik cuma buat olahan sahaja movie dari negara-negara lain (contoh paling dekat bagi aku Highland Tower). Cerita P.Ramlee pernah mendapat Awards selepas ketiadaan beliau salah satunya Filem Barat Pearl Habour yang meniru cerita Sarjan Hasan cuma jalan cerita berbeza. P.Ramlee juga mnyelitkn bagaimana kejatuhan bangsa kita yang rupa selama ini kita sesama bgsa saling hasat dengki tetapi ramai bangsa kita tidak memahami dan menghayati Islam yang disampikan melalui jalan penceritaan oleh P.Ramlee hanya tahu keseronokan sahaja. Itulah kita masih pangkah bangsa melayu yang tidak memahami Islam dan ingin membunuh orang islam yang berbangsa melayu yang ingin melaksanakan kehidupan Islam seperti mana yang terdapat dalam karya agung P.Ramlee.
Alif mim nun wau = sarkas. Dulu lagi P. Ramlee dah tau yang umno ni sarkas
Aku tertarik dengan tulisan Arafie Kadir
"P.Ramlee masuk Parti Negara dibawah arwah Dato' Onn. Sebab tu UMNO gam dan tekan dia. Ini permata negara dalam bidang seni dan pembesar negara tak senang citer PRamlee yang banyak menyindir pemimpin,orang kaya dan peniaga-peniaga. Kita tak tau yang RTM pon tak benarkan beliau masuk keperkarangan angkasapuri, sampai ke situ Malaysia. Produser dan Pengarah hebat dari rantau ASEAN jika datang ke Malaysia..terus mencari P.Ramlee kerana kehebatan dalam bidang seni tetapi Tanahair sendiri menyingkir malah menghina. Kini baru bermacam-macam gelaran yang dberi kepada arwah P.Ramlee. Itu fakta dan hakikat Malaysia."
Ada satu tahun tu.. sempena bedday p. ramlee.. sebulan tv tu buat bulan memperingati p ramlee.. so sepanjang sebulan tu lah mcm2 ttg p ramlee ditayangkan.. tahun tu jugak.. hari kelahiran junjungan besar nabi muhammad saw hanya satu hari shaja... so 1 hari tu aje tv tu tayang hadis2 n kisah Nabi .. esoknya kembali sepeei sedia kala.. sedih !!!!
Kaulah satu satunya
Di antara berjuta
Insan teristimewa
Patah tak tumbuh lagi
Hilang belum berganti
Kerana kau tersendiri
Kau kebanggaan kita
Kau budayawan bangsa
Engkau... lagenda
Kisah anak-anak P. Ramlee
P.Ramlee tak menyebabkan anak-anaknya menjadi bintang sepertinya. Kecuali Dian P.Ramlee (anak angkat P.Ramlee), anak-anaknya yang lain bukan orang terkenal dan hidup senang seperti sesetengah artis lain. Anaknya Nasir (sudah meninggal) bukan orang senang, Sabaruddin juga cuma kerja sebagai pekerja am dan seorang lagi Sazali juga cuma seorang tukang sapu. Sazali P.Ramlee bukan sahaja tidak memiliki kereta mewah seperti artis-artis lain, kereta tak mewah pun dia tak ada, malah kapcai pun dia tak miliki. Yang mampu dia miliki dalam kemiskinannya cuma sebuah basikal. Begitulah malangnya nasib anak seniman agung kita.
Takkan ada bangsa lain yang merosakkan melayu melainkan melayu sendiri.
...
ReplyDelete