VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 10 December 2013

Kronologi kes siling runtuh di Hospital Serdang


Siling Hospital Serdang runtuh lagi kali ke-7

Siling Hospital Serdang runtuh lagi buat kali ketujuh, kali ini hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.

Runtuhan siling itu berlaku semalam sekitar jam 1 petang selepas kejadian terakhir pada 4 Disember lalu - lima hari lepas, lapor Utusan Malaysia.

NONELaporan itu melaporkan kejadian berlaku dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D dan kerosakan bukan hanya melibatkan siling rumah malah beberapa bahagian lain.

Antaranya menyebabkan lantai menggelembung dan kerosakan paip air.

Berdasarkan laporan harian itu juga, ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dipercayai berpindah ke kuarters lain atau atau menyewa di luar.

Tahun ini sahaja, antara September hingga Disember, termasuk insiden terbaru itu semalam, sudah empat kali siling di hospital itu runtuh.

Dalam insiden sebelum ini, hampir 10 keping siling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, berhampiran kaunter jururawat.

Jangan khuatir.. Kerajaan akan bertindak apabila silingnya runtuh buat kali ke 70.. Atau ramai yang akan mati katak... Bawak betenang..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.