Isu usir penduduk Pmtg. Tok Subuh ke DUN P.Pinang
Isu 35 penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam berdepan tindakan pengusiran daripada tuan tanah Distinct Class turut dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, petang tadi.
Semasa membahaskan Bajet 2014, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon menuntut campurtangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
"Saya menyeru Pihak Berkuasa Negeri (PBN) agar menetapkan syarat yang jelas di mana pengusiran penduduk dan pembangunan di atas Lot 1258 tidak boleh dijalankan selagi rundingan belum selesai.
"Walaupun isu ini telah dibawa ke mahkamah oleh tuan tanah dan masih dalam proses perbicaraan, tetapi, proses rundingan tetap dijalankan supaya situasi 'menang-menang' boleh diputuskan bersama," ujar Khai Loon.
ADUN Tanjong Bunga, Teh Yee Cheu semasa celahan mencadangkan satu jawatankuasa khas ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu di Permatang Tok Subuh dan bebarapa isu serupa di negeri ini.
Khai Loon bersetuju dengan cadangan Yee Cheu itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Khai Loon turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng serta timbalannya, Datuk Mohd. Rashid Hasnon kerana cakna dengan bencana banjir yang melanda Kampung Permatang Tok Subuh, sebelum ini.
Pakaq
LEE Khai Loon nie wakil rakyat tempat aku.. Buat masa nie dia ok lagi lah.. Cuma masalah banjir aku harap cepat la di selesaikan..
Kalau dia buat apa-apa tak betoi habaq mai.. Kita pakat-pakat tegoq dia..
No comments:
Post a Comment