VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday, 9 December 2013

DUN Pulau Pinang Kecoh Gara-gara Jasa Rosmah

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid tiba-tiba berang apabila ADUN Seri Delima, R.SN. Rayer membangkitkan isu Najib puji Rosmah atas 'jasanya' yang dibangkitkan dalam sidang dewan, pagi tadi.

"Dia (Rosmah) pergi (ke luar negara) atas tugas-tugas rasmi. Jangan buat tuduhan melulu untuk publisiti," dalih Jahara semasa mencelah sesi perbahasan Rayer.

Dalam celahan balas, Rayer menasihatkan Jahara tidak perlu emosi dengan perkara yang dibangkitkannya itu, walaupun tidak bersetuju.

Jahara dalam reaksi balas berkata, beliau meminta Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang supaya memberi laluan kepada semua wakil rakyat pembangkang selama 60 minit sebagaimana yang dinikmati oleh pembahas sulung, Rayer.

"Saya juga nak minta semua kami, 10 orang (ADUN Umno) ini turut diberi satu jam," dalih Jahara, berang.

Sumber Pakaq

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.