Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan menurunkan kos sara hidup rakyat yang melonjak, mahasiswa di seluruh negara akan turun ke jalan raya membuat bantahan.
“Jika tiada tindakan segera dibuat kerajaan, maka mahasiswa seluruh negara sedia ke jalan raya,” kata pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Ahmad Afif Zulkifli,.
Ahmad Afif berkata, Gamis turut bekerjasama bersama Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) serta parti politik bagi memastikan hasrat itu direalisasikan.
“Gamis bersama NGO Turun akan meneruskan siri penerangan kesan lonjakan kos sara hidup kepada rakyat dan mahasiswa dan edaran risalah secara konsisten,” katanya.
Dalam tempoh kurang sebulan kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik 15 peratus, cukai taksiran DBKL, penarikan subsidi gula dan kenaikan tarif air di beberapa buah negeri.
Terbaru, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kajian semula tambang LRT pada 2014 atas alasan kenaikan tarif elektrik dan semakan semula tambang selepas 10 tahun.
No comments:
Post a Comment