VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday, 13 December 2013

Kemana Hilangnya Tandas Automatik RM3 juta? Siapa Curi?



SEKEJAP ADA, SEKEJAP TAK ADA

Masih ingatkah anda dengan tandas automatik (Automated Street Toilet – AST) yang dibina oleh kerajaan di Jalan Telawi, Jalan Ara Kiri, Bukit Bintang, dan Jalan Tun Razak? Tandas automatik yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini boleh digunakan selama 15 minit dengan membuat bayaran sebanyak RM1. Keluasan tandas ini ialah 2.25m x 6.2m, setinggi 2.6m, seberat 3.5 tan, berhawa dingin sepenuhnya dan setiap satunya bernilai lebih kurang RM400 ribu.



Untuk pengetahuan anda, salah satu tandas automatik ini yang terletak di Jalan Telawi, berhadapan dengan masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telahpun dimusnahkan pada bulan lepas. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tandas ini dimusnahkan kerana tiada sambutan dalam penggunaannya, selain dari ia mengambil kos yang agak mahal untuk diselenggara.


Beberapa penduduk sekitar Bangsar menyatakan rasa terkejut mereka akan kemusnahan tandas itu. Menurut ketua imam masjid Jalan Telawi Ahmad Sirajuddin Abdul Satar, tandas automatik ini sering digunakan oleh pengunjung masjid yang datang untuk sembahyang Jumaat, memandangkan ia ditempatkan di tempat yang strategik iaitu berhadapan dengan masjid. Jadi beliau agak terkejut apabila tandas automatik itu dimusnahkan.

Namun begitu, beberapa tandas automatik yang lain masih dikekalkan kewujudannya, seperti tandas automatik di Jalan Ara Kiri, Bangsar.

Adakah ini termasuk dalam salah satu projek mahal yang terbengkalai, selain dari projek ini dan mungkin juga projek ini? Hanya masa yang dapat tentukan.

wanista.com

Nota Kaki
Hmm.... Kerajaan ni kalau tak membazir tak boleh ka? Dulu buat fanpage sampai juta-juga, buat application sampai juta-juta, buat email sampai juta-juta, buat toilet sampai juta-juta.. Satu pun tak menjadik.. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.