'Doktor Rasis' : Roslan Saidin dirujuk ke JK Hak & Kebebasan panas!
Datuk Roslan Saidin yang baru muncul di sidang DUN P.Pinang pada 10.13 pagi tadi cuba dirujuk ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan gara-gara ADUN Pinang Tunggal tersebut membangkitkan kenyataan berunsur rasis berhubung 'Doktor Cina Rasis' tanpa mengemukakan bukti sampai sekarang.
Usul itu dibentangkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee dan menerima sokongan majoriti di dewan untuk diperbahaskan.
Roslan dalam reaksi spontan menganggap bahawa isu yang dibangkitkannya itu telah selesai.
"(Kenyataan) ini telah berlaku pada sidang yang lepas, saya anggap apabila sidang lalu dah selesai, maka ia sudah selesai.
"Sesekali saya tidak akan memohon maaf," dalih Roslan di sebentar tadi.
Dalam nada seloroh, Roslan juga berkata, beliau juga berhasrat menuntut permohonan daripada Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.
"Kalau YB Speaker (Choo Kiang) tidak menjawab soalan-soalan saya pada sidang yang lepas, saya juga mahu merujuk YB Speaker ke Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan," seloroh Roslan.
Roslan mempertahan kenyataan asalnya sebelum ini berdasarkan langkah Kementerian Kesihatan secara tertutup menukar pentadbiran Hospital Kerajaan serta serta beberapa 'Doktor Cina' terbabit telahpun menerima konsultasi.
Dalam perkembangan lain, Lan Saidin 'tuang' sidang DUN P.Pinang muncul 10.13 pagi tadi
ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin baru muncul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Geogre Town pada detik 10.13 pagi tadi, bagi membahaskan Bajet 2014 pada sesi pagi ini.
Isnin lepas, wakil rakyat Umno itu dikesan sekejap sahaja menyertai persidangan pada sesi pagi, sebelum 'tuang'.
Cakap-cakap politik di luar dewan memberitahu bahawa beliau mempunyai isu besar yang cuba dielakkan pada sidang kali ini.
Sumber lain pula memberitahu, Roslan tidak hadir ke dewan atas urusan kekeluargaan, dikatakan kerana meneman isterinya menerima rawatan sakit barah di Hospital Besar Pulau Pinang.
Kontroversi Roslan tidak hadir ke dewan akan dicuit pada sidang penggulungan oleh Exco pada sesi mesyuarat petang nanti.
No comments:
Post a Comment