VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 12 December 2013

Rupanya nie lah sebab Anwar Ibrahim tak melawat mangsa banjir

Anwar: Masyarakat Islam perlu reformasi pendidikan & pembaharuan intelektual
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masyarakat Islam di seluruh dunia perlu maju dan menyesuaikan diri dengan cabaran globalisasi melalui reformasi pendidikan tinggi dan pembaharuan intelektual.

anwar-ibrahim
Menurut Anwar, reformasi pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam perlu berkembang daripada bentuk tradisional tanpa meninggalkan tradisi kajian keilmuan Al-Quran dan Hadis.

Namun, beliau menyatakan kebimbangan apabila keperluan mendemokrasikan akses pendidikan masih menjadi masalah yang berpanjangan di negara-negara Islam.
“Krisis pendidikan tinggi dalam masyarakat Islam boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara. Salah satu ialah kurangnya memberi tumpuan kepada pembangunan sosio-ekonomi,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian pada ucaptama di Simposium ‘Reformasi Pengajian Tinggi dalam Masyarakat Islam’ yang dianjurkan Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Woodrow Wilson International Center for Scholars, Washington, AS.
Dalam pada itu Anwar berkata, antara punca krisis tersebut ialah pemilihan sumber, kandungan, kualiti, kewangan serta isu-isu tadbir urus.
“Di saat masyarakat lain telah mengubah sistem mereka, negara-negara Islam pula masih bergelut dengan cabaran mengintegrasikannya dalam pendidikan moden,” ujarnya.
Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program 'Reform of Higher Education in Muslim Societies'.
Anwar di Wilson Center, Washington DC dalam program ‘Reform of Higher Education in Muslim Societies’.
Tambah beliau, masyarakat Islam tidak perlu alergik dengan barat, bahkan mengambil manfaat dari keilmuan dan sistem pendidikan peradaban itu untuk membangunkan ummah.
“Terdapat persepsi umum dalam wacana beberapa ulama Islam bahawa falsafah dan pendidikan Barat adalah sekular dan bertentangan dengan etika dan moral.
“Pada pendapat saya, ini tidak berasas,” kata Anwar.
Justeru Anwar menegaskan, masyarakat Islam terutamanya kelompok intelektual dan golongan pendidik perlu bersedia memenuhi keperluan masyarakat Islam kontemporari yang berdepan tekanan globalisasi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.