Salam & selamat pagi dunia. Walau kelibat sang mentari masih bersembunyi di balik gumpal-gumpal awan mendung. Insan terus menongkah hidup. Kami masih menongkah arus banjir...
Alhamdulillah banjir kian surut di sebelah barat bandar kuantan tetapi di bahagian selatan, air banjir semakin naik berikutan arus airnya terkesan dari arus sungai pahang. Mangsa diminta berjaga-jaga menantikan air banjir dari hulu turun ke kuala sungai di pekan.
Hari ini ada 5 hilux barangan dan volunteers dari persatuan alumni university of texas berpusat di kl deal untuk turun ke kuantan. Gua juga dihubungi oleh orang dubai yang sedang lancar campaign pray 4 kuantan di UAE di 4 buah negeri... Abu dhabi. Dubai. Sharjah dan Al-ain.
Bertali arus panggilan dan banyak yang gua tak dapat jawab kerana talian telepong yang teruk. Hari ini seramai 2000 sukarelawan dari UMPhg akan turun padang membantu...
Terima kasih semua.
Pray4god.
Catatan Pablo Aimar -10/12/13
No comments:
Post a Comment