Rusuhan di Singapura
SINGAPURA: Rusuhan tercetus di kalangan pekerja dari Asia Selatan, di sini, malam tadi, dan merosakkan kereta polis dan beberapa kenderaan di kawasan digelar `Little India', kata saksi dan media tempatan.
Kejadian berkenaan yang berlaku di republik yang mengamalkan perundangan ketat tercetus di kawasan biasanya dibanjiri ribuan pekerja, kebanyakannya dari benua kecil India, pada hari cuti mereka.
Punca kejadian tidak begitu jelas dan keadaan kemudiannya terkawal dalam dua jam, kata orang ramai yang berada di kawasan itu memberitahu AFP.
“Polis mengesahkan rusuhan berkenaan di simpang Jalan Race Course dan Jalan Hempshire, kira-kira 9.23 malam.
“Anggota polis di kawasan itu sedang mengawasi keadaan. Orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan,” menurut kenyataan Polis Singapura menerusi Facebook rasmi jabatan itu.
Beberapa gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan, termasuk ambulans terbakar di jalan.
Wartawan AFP yang berada di kawasan itu pula melihat tingkap kenderaan polis dan ambulans dipecahkan. - AFP
BREAKING NEWS | Riot in Singapore. Pekerja asing tuntut keadilan kes kematian sorang Bangla mati dilanggar. Hsien Loong patut belajar macam mana nak kawal Bangla dari Najib.
No comments:
Post a Comment