Gambar-gambar ini diambil kira-kira setengah jam selepas kejadian yang melibatkan kemalangan konvoi Menteri Penerangan Komunikasi, Datuk Seri Shabery Chik jalan Kemaman menghala ke Pekan Cheneh.
Menurut cerita mangsa, trak tentera ini sedang mengikuti konvoi Datuk Seri Shabery Chik dan konvoi menteri berjaya mengelak dari bertembung dengan lori bijih tersebut namun trak askar yang mengekori dari belakang tidak sempat untuk mengelaknya.
Kemalangan ini melibatkan sebuah trak askar yang membawa bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir yang menuju ke Kg Pasir Putih. Menurut pemandu trak yang juga seorang anggota tentera, sebuah lori yang sarat membawa bijih memandu secara laju menuruni bukit sambil "makan jalan sebelah". Melihat lori bijih tersebut terlalu laju maka pemandu trak tentera mengambil tindakan mengelak lalu melanggar tiang elektrik dan terus masuk ke gaung sedalam kira-kira 5 meter yang juga merupakan lopak air.
Manakala pemandu lori bijih terus memecut lari meninggalkan lokasi kemalangan sehinggalah berjaya dikejar oleh beberapa anggota tentera lain yang mengekori trak malang terbabit. Pemandu lori yang cuai tersebut berjaya diberkas dan diserahkan kepada pihak polis berdekatan.
p/s : kepada petugas dan sukarelawan yang turun ke lokasi banjir atau kawasan yang sewaktu dengannya agar berhati-hati di jalanraya. Pandu cermat jiwa selamat.
Dalam kejadian lain Sebuah lori sarat dengan bantuan banjir di saman JPJ
JPJ halang dan saman lori bantuan mangsa banjir..
“Mana perginya peri kemanusiaan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam membantu mangsa banjir di Kuantan? Saya sifatkan mereka sebagai tidak berhati perut dan kejam.”
Itu kata penyelaras bantuan mangsa banjir, Nordiana Abdul Rahman yang kesal apabila lori muatan barangan mangsa banjir ditahan selepas tol Gombak dan dikenakan saman atas alasan membawa lebih muatan.
Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.
“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?
“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya baru-baru ini.
Lebih teruk, Nordiana memberitahu, penguat kuasa JPJ itu yang agak sombong dan kasar turut menggertak pemandu lori untuk membawa lori tersebut ke stesen penimbang yang bakal dikenakan hukuman lebih berat.
“Saya memang tak faham wujudnya anggota kerajaan yang tidak bertimbang rasa dalam membantu mangsa banjir. Kami pun bukannya boleh sampai ke Kuantan kerana laluan di tutup.
“Demi mangsa banjir, kami bayar denda tersebut dan saman syarikat akan diputuskan di mahkamah nanti seperti yang tercatat pada surat saman yang dikeluarkan,” ujarnya.
Menurut Nordiana, barangan tersebut dikumpul bersama sanak saudara dan sahabat handainya memang khusus untuk mangsa banjir.
Antara barang yang dikumpul untuk dihantar ke pusat banjir adalah pakaian, selimut dan makanan seperti beras, gula, susu, tepung dan sebagainya.
“Kami berusaha mengumpul barangan ini selama lima hari kerana kasihankan mangsa banjir tetapi apabila bertemu JPJ di tengah jalan, sudahlah tiada perasaan kasihan malah kami pula disaman dan didenda.
“Saya tahu apa tanggungjawab penguat kuasa JPJ. Cuma kesal kerana tidak ada pertimbangan budi bicara langsung dalam membantu mangsa banjir yang amat memerlukan barangan tersebut,” katanya
No comments:
Post a Comment