Luahan Hati Tun Dr MAHATHIR Mohammad (Blog Chedet)
Tidak ramai rakyat Malaysia yang tahu ada Menteri Kabinet yang tidak tahu pun pasal keputusan menaikkan harga minyak pagi ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib terlalu mendengar kata-kata beberapa orang penasihat walaupun ada Menteri Kabinet yang membantah keputusan ini sudah berminggu minggu.
KSP dan beberapa penasihat dan NAJIB RAZAK inginkan kenaikan ini berlaku.
Bukan keputusan ini dibuat semalam. Sudah lama ia dibincangkan. Kita semua tahu atas keborosan kerajaan dan saya juga pernah banyak kali menegur beliau yang mentadbir negara ini seperti mentadbir sebuah syarikat yang inginkan keuntungan berganda.
Kerajaan memerlukan duit segera. Tambahan pula bajet akan diumumkan selepas ini.
Kononnya rakyat akan gembira lepas BR1M akan dinaikkan sehingga RM900 tahun hadapan.
Itu yang KSP fikir. KSP hanya tahu cash kena ada kat tangan kerajaan. Jadi cara paling cepat ialah subsidi ditarik.
KSP ni juga pernah jaga LHDN. Jadi mungkin terikut cara urus LHDN (untuk dapatkan cukai) dan perbendaharaan negara.
Mereka ini tidak boleh dikritik. Mereka akan kata pada zaman saya memerintah, harga minyak juga dinaikkan. Betul, saya juga naikkan harga minyak tapi pada kadar yang munasabah dan tidak membebankan rakyat. Harga yang dinaikkan tidak melebihi sepuluh sen dan tidak setiap tahun.
Penarikan subsidi 20 sen ini adalah besar dan akan memberi kesan kepada rakyat. Kadar inflasi akan meningkat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan malah hutang negara akan terus meningkat.
Saya agak bimbang dengan keadaan ini dan tidak mustahil Malaysia bangkrap lebih awal. Rasanya wawasan 2020 yang diilhamkan oleh saya tidak akan menjadi realiti kerana 20 sen ini.
Saya perhatikan malam tadi beratus-ratus orang memenuhi stesen minyak dek kerana 20 sen ini. 20 sen ini besar kesannya kepada rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana. Jangan pula nanti ada pemimpin yang menyindir kalau tidak suka harga minyak naik, sila keluar dari Malaysia. Kerana sindiran ini akan membuatkan kalangan rakyat yang cerdik pandai akan keluar berhijrah ke negara maju lain khususnya New Zealand dan Australia yang mengalu- galukan kalangan cerdik pandai ini untuk berkerja di negara mereka.
Kesannya negara kita akan kehilangan sumber manusia dan kekal hanya sebagai sebuah negara membangun. Dan kesannya Barisan Nasional akan ditolak oleh rakyat pada pilihanraya nanti. Mungkin pada masa itu saya sudah tiada lagi di dunia ini.
No comments:
Post a Comment