VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 29 September 2014

PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN


Post by Safwan Anang

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN

SERAHAN SURAT
PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN

Kepada
YB DATO' SERI HAJI ABDUL HADI BIN AWANG
PRESIDEN PAS

Menekuni sistem politik dwi-parti, Pakatan Rakyat (PR) perlu menjadi sebuah koalisi politik yang kukuh sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN). Malah PR juga dilihat sebagai harapan baru rakyat Malaysia apabila memenangi 52 % undi popular dalam PRU 13 yang lalu. Maka tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pakatan pembangkang yang kuat akan memberi kesan berbalik yang positif kepada rakyat Malaysia. Namun sekiranya pakatan politik pembangkang lemah, maka ia akan membuka ruang kepada Kerajaan yang memerintah mentadbir secara wewenangan sekaligus menindas rakyat.

Setelah membuat analisis terhadap beberapa forum anjuran LENSA berkaitan krisis politik Selangor, dapat disimpulkan bahawa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai salah sebuah rakan komponen PR banyak menyumbang kepada krisis yang berpanjangan sekaligus mengganggu gugat keutuhan permuafakatan PR.

Oleh itu, LENSA akan menyerahkan surat rasmi kepada pihak Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang bagi menyuarakan tuntutan agar PAS berhenti mencetuskan ketegangan sesama rakan PR. Satu sidang akhbar juga akan diadakan sejurus selepas surat diserahkan.

Serahan surat ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Serahan Surat
‘PAS PERLU BERHENTI CETUS KETEGANGAN’ Kepada YB Presiden PAS

Tarikh:
30 September 2014 (Selasa)

Masa:
10.00 Pagi

Tempat:
Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
(Di Hadapan Pintu Utama)

Oleh itu, LENSA ingin mengundang rakan-rakan media untuk membuat liputan serahan surat dan sidang akhbar ini.

Untuk sebarang maklumbalas atau pertanyaan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Penyelaras Program di talian 013-6025 461 (Ekhsan) atau emelkan kepada syukri.lensa@gmail.com.

Sekian. Terima kasih

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.