VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 29 September 2014

Sebab Sebenar, Ahli Majlis MPPP Dari PAS Digugurkan


Kenyataan media merujuk ucapan wakil Pulau Pinang dalam muktamar PAS

Merujuk kepada ucapan wakil Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim yang membahaskan ucapan dasar presiden dalam muktamar PAS di Batu Pahat, saya ingin meluahkan kekesalan atas ucapan yang dilihat amat tidak wajar untuk diluahkan oleh salah seorang pembuat dasar di Pulau Pinang.

Sebagai seorang Ahli Majlis (pembuat dasar) beliau tentu sudah sedia maklum dengan pendekatan kerajaan negeri dalam isu perumahan rakyat dengan cuba untuk mewujudkan projek-projek perumahan mampu milik di sekitar Pulau dan di kawasan Seberang Prai. Beberapa lokasi yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan perumahan mampu milik sedang dalam proses seperti S.P.Chelliah,Teluk Kumbar, Batu Kawan dan Kampung Jawa.

Umum sedia maklum Kerajaan Pakatan Rakyat sedang mengadakan kempen "road show mission home possible" bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang bagi memiliki kediaman sendiri dengan nilai yang berpatutan. Pendekatan ini bagi memastikan golongan sasar memperolehi laba hasil dari kempen ini.

Saudara Iszuree juga harus melihat kepada banyak kes pengambilalihan tanah oleh pemaju yang telah dibantu oleh kerajaan negeri sebagai pemudahcara bagi memastikan penduduk yang mendiami diatas tanah tersebut diberi pampasan sewajarnya. Walau ada dari kes yang dihadapi kerajaan negeri menghadapi masalah kerana penduduk dipengaruhi oleh pembangkang agar tidak menerima bantuan dari kerajaan negeri sehingga mengakibatkan penduduk menanggung kerugian dalam bentuk pampasan. Tetapi atas dasar membantu rakyat terbanyak mereka dibantu juga untuk memastikan pampasan sewajarnya diperolehi.

Mungkin kegusaran Sdr Iszuree bersandarkan kepada isu yang membabitkan peningkatan nilai hartanah di Pulau Pinang yang dilihat melonjak kebelakangan ini. Tidak dinafikan peningkatan nilai hartanah diakibatkan oleh kepercayaan dan keyakinan pelabur untuk terus melabur di Pulau Pinang. Mereka yakin keatas kerajaan negeri sedia ada yang didominasi oleh 3 Parti dalam Pakatan Rakyat. Biarpun demikian Kerajaan negeri dilihat terus memastikan perumahan mampu milik diberi keutamaan dan kes yang melibatkan pengambilan tanah terus dibantu bagi memastikan penduduk mendapat pembelaan sewajarnya.

Sebagai pembuat dasar dalam kerajaan tempatan beliau harus memainkan peranan dalam mewujudkan polisi dan dasar yang akan lebih memastikan kebajikan dan keuntungan untuk penduduk di Pulau Pinang. Beliau lebih harus peka untuk menyuarakan kebimbangan dan idea untuk pendekatan lebih baik melalui saluran yang lebih efesyen berbanding dengan memberikan ucapan didalam forum yang kurang sesuai.

Sebagai rakan ahli majlis di Majlis Perbandaran Pulau Pinang saya merasakan wajar untuk Sdr Iszuree menjelaskan dan memastikan ucapan beliau tidak disalah anggap. Fakta-fakta berkaitan isu perumahan harus dihadam dengan lebih baik sebelum membuat apa-apa kesimpulan. 

Sekian.

Ahmad Azrizal Tahir
Ahli Majlis - Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Timbalan Ketua Cabang,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.