VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 1 August 2014

Pandangan: Siapa Bersalah Dalam Isu MB Selangor?


KRISIS MB SELANGOR: APA PENGAJARANNYA?

Tanya ahli PAS, PKR, DAP dan UMNO, ramai yang mahukan MB Selangor kekal. Alasannya MB sekarang tidak rasuah, telus dan berjaya menyimpan wang negeri dengan banyak.

Apakah alasan di atas sahaja yang perlu kita nilai untuk melihat keberkesanan sesebuah pentadbiran? Mungkin bagi setengah orang, tetapi saya sebaliknya.

Saya mahu melihat juga dari aspek kebersihan, keselesaaan dan keselamatan hidup. Lebih dari itu, saya juga mahu melihat pembangunan dan masalah rakyat diselesaikan dengan baik dan cepat.

Apakah Baik di Bawah MB Sekarang?

Berbanding dengan kerajaan UMNO dahulu, saya lebih selesa dengan kerajaan dahulu. Waktu itu sampah dikutip tepat waktunya, rumput dipotong tepat waktunya, bandarnya lebih bersih, keceriaan bandar lebih menarik, longkang jarang tersumbat, lampu jalan lebih bercahaya dan jalan berlubang cepat ditampal.

Sekarang ini datanglah ke rumah saya. Tengok sampah, tengok rumput dan tengok jalan. Aduh!

Saya pernah meluahkan hal ini kepada pemimpin PKR dalam satu forum. Bukannya pertanyaan saya yang ditanggapi, tetapi saya yang ditegur. Katanya, soal sampah sarap, jalan berlubang, rumput panjang itu adalah hal kecil.

Hal besar ialah kita perlu tumbangkan UMNO kerana rasuah, kronisme, penyelewengan, ketidakadilan, kebebasan media, SPR, kecekapan pentadbiran, hak rakyat dan lainnya.

Tak mengapalah. Isunya apakah membiarkan sampah yang jarang dikutip, rumput panjang, jalan berlubang itu gambaran pentadbiran yang cekap? Apakah pertanyaan saya itu bukan pertanyaan tentang hak rakyat? Aduhai!

Maka, siapa MBnya tidak penting? Isunya ialah MB manakah yang dapat memahami dan menyantuni keperluan rakyat. Jika sekadar menjadi MB dan masalah rakyat tidak dapat selesai, maka tidak efektif MB itu.

Siapa Bersalah dalam Isu MB Ini?

Yang bersalah ialah pemimpin PKR yang membuat Kajang Move. Bagaimana boleh membuat satu Langkah Kajang tanpa terlebih dahulu berbincang dengan kawan dalam Pakatan. Ini jelas tidak ada semangat setiakawan.

PKR ingat partinya ada suara majoriti. Dan PKR juga ingat kerusi MB adalah milik mutlak partinya. Maka, atas alasan itu barangkali Langkah Kajang dibuat tanpa perbincangan. Hasilnya wajarlah apabila PAS marah.

Sekarang ini apabila MB tidak mahu turun dan PAS pula tidak bersetuju dengan Langkah Kajang ini, maka menggelabahlah PKR. Maka, muncullah krisis. Bilakah selesainya krisis ini? Bagaimanakah cara penyelesaiannya? Sama-samalah kita tunggu kesudahan episod drama ni.

Apa Pengajarannya?

Dalam kes isu MB ini, banyak pengajarannya. Pertama, pemimpin PKR janganlah memberi kenyataan yang tidak betul. Itu menipu namanya. Contohnya, kata Langkah Kajang bukan untuk menukar MB, tetapi akhirnya mencadangkan YB Wan Azizah untuk menggantikan MB sekarang.

Kedua, belajarlah untuk berunding dengan rakan lain dalam PR sebelum membuat sesuatu keputusan penting. Jika tidak boleh berunding, tunggulah sahaja saat jatuhnya PR.

Ketiga, cukuplah buat gerakan yang sekadar mengeruhkan politik negara. Sudah tiga kali gerakan besar dibuat oleh pemimpin PKR.

Satu dulu ialah langkah menjemput ADUN Perak untuk menyertai PKR, beberapa hari kemudian kerajaan PR jatuh di Perak. Kemudian buat gerakan 16 September, beberapa pemimpin PR ke Taiwan mengejar MP BN yang sedang bercuti sambil belajar di sana. Paling akhir sekali ialah Langkah Kajang ini yang membawa PR ke dalam krisis.

Melihat krisis MB ini, saya rindu untuk mempunyai sebuah kerajaan yang dapat menjaga kebajikan dan keselesaan rakyat. Apakah untuk mendapatkan kerajaan baru ini, kita perlu kepada pilihan raya baru di Selangor? Tunggu dan lihat.

Prof. Agus Yusoff

1 comment:

  1. Baru dpt kuasai sebuah negeri yg PKR diberi kpercayaan duduki krusi MB itu pun dgn krjasama pati2 lain dlm PR, PKR dah tunjuk besar kpala......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.