VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 18 February 2014

Tiga Buah Rumah Flat Taman Machang Bubok Terbakar




Selepas kejadian awal pagi semalam yang mengorbankan seorang kanak-kanak 2 tahun, bakal ketua AMK Bukit Mertajam Saudara Ikhwan turun bersama melawat satu kebakaran di Flat Taman Machang Bubok.

Beliau dimaklumkan ada 3 buah rumah tinggal yang terbakar kira-kira jam 1200 malam. Sebanyak 10 jentera bomba sukarela turut terlibat dalam operasi ini.

Beliau mencadangkan supaya JKKK membuat laporan polis memandangkan pembeli atau tuan rumah tersebut tidak dikenali oleh penduduk disitu.

Menurutnya lagi, ini kali kedua kebakaran berlaku di tempat yang sama dikhuatiri berlaku pencerobohan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan boleh meningkatnya gejala sosial di kawasan kejiranannya.

Oleh hal demikian, beliau menyarankan agar Pasukan Peronda Sukarela yang baru ditubuhkan menumpukan perhatian terhadap keselamatan di flat tersebut dan kawasan kejiranannya.
Ia bagi menjaga keselamatan orang awam di flat tersebut dan kawasan kejiranannya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.