VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 19 February 2014

Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara Pulau Pinang


Gesa Putrajaya gagalkan projek huru-hara P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Satu laporan polis dibuat pagi ini berhubung isu "Cina Lontar Daging Babi Depan Masjid Bukit Mertajam" yang disebarkan di laman sosial facebook Boikot Barang Cina DAP.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong yang turut diheret ke dalam laman kontroversi itu merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan polis supaya segera mencari jalan untuk menghentikan cubaan pihak tertentu daripada terus menggugat ketenteraman awam di negara ini.

"Kalau bukan kepada saya pun, provokasi ini ditujukan kepada kaum Cina untuk membangkitkan sentimen perkauman yang jahat," ujar beliau dalam kenyataan bersama-sama Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari di perkarangan Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, P. David Marshel (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Jab Samat (wakil penduduk masjid Qaryah Tok Jun Atas) turut hadir pada sidang media tersebut.

Chee Keong pada sidang media sama turut mendedahkan kronologi insiden yang didakwa bukan isu terpencil, tetapi didalangi oleh penyokong Umno demi menggugat keharmonian kaum di negeri ini.

"(Laman Boikot Barang Cina DAP ) ini sumber Perkasa Umno Selangor. Saya tak kata mereka ini ahli Umno, jelas ini penyokong Umno.

"Ini (kes balingan daging babi ke dalam Masjid Tok Kun Atas) bukan kes terpencil, tapi, seperti satu suatu konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang berdasarkan beberapa kes provokasi lain yang dilakukan daripada penyokong mereka (Umno dan penyokong Perkasa)," tegas beliau.

Khai Loon pula dalam kenyataannya memohon rakyat terus bertenang serta tidak terpengaruh oleh siri-siri provokasi penyokong pihak Pembangkang Pulau Pinang belakangan ini.

"Saya mohon rakyat untuk terus bertenang dan beri peluang kepada polis untuk menangani isu provokasi ini," ujar Khai Loon, sambil menasihat respons serius daripada Najib.

Manakala, Jap Samat pula berkata, beberapa insiden provokasi itu langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak.

"Ini bukan kes kecil, semua agama malu.

"Kami serah kepada pihak berkuasa untuk siasat isu ini, di Facebook pun ada naik isu yang tak betul, tetapi, kenapa tiada siasatan," ujar beliau.

Terdahulu, sekumpulan pemimpin dan penyokong Umno pada 18 Januari lepas melancarkan demontrasi "Mau Lagi Kaa?" di Seberang Jaya serta ugutan mencetus semula tragedi 13 Mei 1969.

Pada 26 Januari lepas, kain rentang provokasi "Jesus Anak Allah" pula digantung di lima gereja sekitar Pulau Pinang, hingga mencetus balingan bahan letupan buatan sendiri di Gereja Assumption, Jalan Farquhar 27 Januari lepas.

Di Kuala Lumpur pada 6 Februari lepas, sekumpulan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) mesra Umno melumuri darah ayam pada gambar muka beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, selain, tawaran maksimum RM1,200 kepada mana-mana pihak yang berjaya menampar muka Ahli Parlimen Seputeh, Terasa Kok.

16 Februari lepas, daging babi pula dilempar ke perkarangan Masjid Qaryah Ceruk Tok Kun Atas, sebelum cubaan mengaitkan Chee Keong dengan insiden terbaru ini, sehari berikutnya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.