VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 30 July 2013

BN Menang, KUIN Melayang

Pelajar, ibu bapa, kakitangan dan penduduk kampung demo bantah perpindahan KUIN dari Kuala Ketil

Sebelum itu baca yang aku post pada 22 July Lepas: Nasib Warga Kolej Insaniah Selepas Dapat MB Baru.. Mari Kita Selami..
500 pelajar, waris dan penduduk Kuala Ketil berkumpul di hadapan pintu gerbang utama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kampus Kuala Ketil petang semalam bagi mendesak agar kampus itu dikekalkan.

Ini berikutan arahan berpindah yang mereka terima dari pihak pentadbiran KUIN 16 Julai lalu yang mengarahkan semua pelajar berpindah semula ke kampus Stargate, Alor Setar.

Pelajar, ibu bapa dan penduduk Kuala Ketil membantah perpindahan KUIN dari sini

KUIN merupakan sebuah kolej yang telah mengislamisaikan program-program konvensional seperti Program Perniagaan, Perbankan, Perancangan Kewangan, Risiko dan Takaful, Hospitality dan Pemakanan Halal dan lain-lain lagi.

Kampus KUIN Kuala Ketil yang bernilai RM330 juta itu adalah lagenda tinggalan Menteri Besar Kedah sebelum ini, Datuk Seri Azizan Razak.
Bagi ustaz Azizan, pembinaan kampus KUIN di sini akan menjadikan Kuala Ketil satu bandar baru yang bakal membangun dengan pesat selepas ini.

Kampus ini mula digunakan awal tahun ini dan dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada bulan Mei lalu.

Ekoran itu, pelajarnya dan kakitangan dipindahkan dari kampus sementaranya yang terletak di Stargate dan Mergong sebelum itu.

Namun selepas Kedah diambil alih oleh Barisan Nasional (BN) dan Datuk Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar, kampus ini dikatakan mahu dijual.

Kampus tetap KUIN di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang dibina ketika ustaz Azizan menjadi MB Kedah

Ia juga mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Kerajaan negeri dikatakan sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti ITM (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

Sejak beberapa bulan lalu, selain pelajar yang menjadi mangsa, kakitangan Insaniah juga tidak mendapat gaji mereka.

Dalam perhimpunan semalam, wakil pelajar yang turut berucap mengesa pentadbiran kolej mengeluarkan pekeliling pindah untuk rujukan pihak pelajar selepas pengumuman yang telah di umumkan pada 16 julai yang lalu dibuat tanpa disusuli dengan pekeliling perpindahan.

Beliau juga menyatakan agar pihak pentadbiran dapat mengekalkan KUIN Kuala Ketil.

Perpindahan yang akan melibatkan 1200 orang pelajar Fakulti Muamalat akan bermula 1 Ogos sehingga 17 Ogos akan datang.

Ia akan disusuli dengan 600 orang pelajar kulliyyah lain menyebabkan banyak menganggu proses pembelajaran dan pengajaran mereka malah melibatkan masalah kebajikan juga.

 
Seorang bekas pekerja KUIN berucap dalam perhimpunan itu

Memorandum yang telah dihantar ke peringkat pentadbiran kolej dan Pejabat Menteri Besar pada 25 Julai yang lalu belum mendapat jawapan sehingga kini.

Manakala pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pula akan mengambil tindakan terhadap memorandum yang telah dihantar oleh mahasiswa.  

Wakil waris juga meminta pihak pentadbiran kolej dan pihak kerajaan negeri mengambil serius berkaitan masalah ini kerana melihat kepada kebajikan pelajar yang akan terganggu dengan perpindahan kali ke tiga ini.

Selepas perpindahan kali pertama dari Mergong ke Stargate dan perpindahan kali kedua dari Stargate ke Kuala Ketil, kini mereka akan berpindah lagi.

Sangat malang keadaan KUIN sekarang.. Setelah mempunyai sebuah kampus yang indah dan selesa, akibat dendam politik maka pelajar-pelajar serta kakitangan KUIN menjadi mangsa. Sama dengan Maahad Tahfiz yang dicadangkan di Pulau Tuba sehingga sekarang terbengkalai. Alangkah besar dosa kerana memusnahkan harapan ibubapa yang ingin melihat anak-anak berjaya dalam bidang agama. Moga Allah memudahkan dan memberi hidayah kepada pemimpin yang memimpin sekarang sebelum terlambat.

Eloklah ramai ramai pi mengadap Agong Mohon perkenan.. Projek tu projek Agong untuk Rakyat malaysia.. Mempertabatkan Islam di kedah..

Projek ini cukup baik untuk meningkatkan EKONOMI ORANG MELAYU Kedah Selatan khsnya BALING-Kuala Ketil..

Tapi Sayang Sesetengah Orang Melayu Bodoh TOLAK PAS.. Sebab Termakan Hasutan Syaitan "BN menang kedah senang..."


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.