Saya terkejut apabila membaca kenyataan Pengerusi Umno Selangor menggesa polis menyiasat seorang ibu yang memuatnaik gambar yang menunjukkan murid SK Seri Pristina makan di bilik persalinan di bawah Akta Hasutan. Mengapa sampai begitu? Kenapa perlu kita menyiasata beliau di bawah Akta ini? Apakah tindakan ibu murid tersebut ada sifat menghasut? Yang mustahak, adakah ini fitnah supaya rakyat saling membenci antara satu sama lain?
Pada saya, tindakan ibu yang muat naik gambar tersebut adalah untuk menyatakan perasaan tidak puas hati cara anak-anak makan dalam bilik persalinan sahaja. Tidak ada kaitan dengan tujuan menghasut dan seumpamanya, apatah lagi melibatkan soal perkauman.
Betul ibu itu sepatutnya mengadu kepada PIBG terlebih dahulu sebagai saluran yang betul, tetapi adakah wajar untuk kita menyiasat beliau di bawah Akta Hasutan dengan tindakannya itu? Ini isu pokoknya yang perlu kita bahaskan. Pada saya, tidak wajar untuk ibu tersebut disiasat di bawah Akta Hasutan kerana nantinya akan membuatkan rakyat takut untuk mengadu. Tetapi saya setuju jika ibu dan guru besar sekolah disiasat untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua pihak.
Inilah yang merisaukan saya dengan keadaan sekarang? Mengkritik dan mengadu dianggap sebagai tidak berterima kasih, lalu keluarlah kenyataan yang pelik-pelik dari pemimpin kita. Jika harga ayam mahal, jangan makan ayam; harga beras naik, makan ubi kayu; jika tidak puas hati dengan sistem politik negara, berhijrah ke negara lain? Pertanyaannya, apakah itu jawapan pemimpin kita kepada luahan rakyat?
Sepatutnya jawapannya mudah sahaja. Pihak berkuasa perlu menegaskan akan menyiasat aduan tersebut supaya memberi keadilan kepada semua pihak. Sepatutnya kita cari yang benar, atasi kelemahan dan kekurangan supaya murid dapat belajar dengan selesa. Jangan kita ancam aduan yang dibuat dengan Akta Hasutan?
Saya merayu supaya kita jangan hanya melihat isu kantin sekolah, isu pengetua suruh murid balik ke China dan India sebagai soal parti dan kaum semata-mata. Kita juga perlu lihat dari aspek lain. Soal kantin misalnya, kita boleh lihat berlakunya aduan seperti ini kerana kita menghadapi masalah prasarana sekolah yang tidak mencukupi, maka ini bermakna kita perlu cari peruntukan untuk melengkapkan kekurangan ini. Kita perlu selesaikan masalah dengan melihat kepada akar rumputnya, bukannya dengan memberi jawapan yang tidak berkaitan dengan masalah pokok.
Dalam soal pendidikan janganlah kita berpolitik 24 jam. Dalam soal perkauman dan agama, kita perlu berhati-hati dengan kenyataan. Teringat saya kata-kata Khir Johari dulu apabila merujuk kepada hubungan antara kaum di negara kita: Cina itu ibarat pasir, India ibarat air dan Melayu ibarat simen. Apabila ketiga-tiganya digaul bersama, ia akan membentuk satu blok konkrit yang kukuh.
Apakah kenyataan Tan Sri Khir Johari 50 tahun dulu itu masih relevan lagi dengan kenyataan hubungan kaum kita hari ini? Kitalah yang menjawabnya.

Tulisan Mohammad Agus Yusoff
Kita memerlukan lebih ramai golongan cerdik pandai seperti Agus yang tak takut untuk bersuara.. Bukan yang jenis kaki kipas..
tak salah nak mengadu, ttp harus mengikuti saluran yg betul. kalau salah langkah perlu menerima tindakan tatatertib. jgn lihat salah orang lain shj, sendiri terkhilaf tak sedar.
ReplyDeleteapakah kita tidak perlu bertanggungjawab utk setiap tindak tanduk kita?
cuba muhasabah diri.