VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 1 December 2012

[Hidup Melayu!] Projek Bagi Kroni Kawan-Kawan, Bagi Adik Beradik.. Melayu Mana? (video inside)

Chegubard: Hidup Melayu! Projek Bagi Kroni Kawan-Kawan, Hidup Melayu!     Bagi Adik Beradik


Bukti rasuah dalam kalangan anggota polis trafik.

"Bukankah ini apa yang kita aspirasikan bersama? Kita kerap menyelar pihak polis dan menuduh mereka mengamalkan rasuah, dan dengan tiba-tiba, kita menolak pula sebuah sistem yang mampu mengurangkan atau menghapuskan amalan rasuah.

"Kita menentang amalan rasuah namun pada masa yang sama kita tidak berasa bersalah apabila kita melanggar undang-undang jalan raya?," - Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan 






Pembelaan AES oleh MP Kota Belud Menyerlahkan Sikap Mengampu Tanpa Mengkaji

Merujuk kepada laporan Sinar Harian (klik sini) bertarikh 27 Oktober 2012 yang menyiarkan komen Ahli parlimen Kota Belud YB Datuk Abdul Rahman Dahlan membela pelaksanaan AES.
Setelah meneliti laporan berita tersebut jelas Rahman Dahlan sendiri tidak memahami AES. Menurutnya pelaksanaan AES dapat elak polis amal rasuah kerana menurutnya operasi saman perangkap laju tidak wujud polis duduk dalam semak samun dalam masa yang sama polis juga dapat elak potensi menerima rasuah.
Rahman Dahlan juga turut mengatakan AES dapat mengurangkan kemalangan kerana sistem berteknologi tinggi ini ditempatkan di kawasan risiko tinggi kemalangan. Malah Rahman dalam kenyataannya cuba memusing fakta dengan mengatakan penolakan terhadap AES merupakan pembelaan terhadap persalah trafik.
Ini satu hujah dangkal oleh seorang ahli parlimen Bn.
Mudah untuk mematahkan hujah Rahman Dahlan ini.
  1. Rahman Dahlan jelas punya tanggapan negatif terhadap anggota polis pangkat biasa yang terlibat operasi di jalanraya dengan mengatakan merekalah punca indeks persepsi rasuah khususnya di kalangan polis meningkat. Tahu atau tidak kamu polis berpangkat rendah ini antara yang paling kurang rasuah dan korupsi tetapi pegawai atasan polis yang melindungi kegiatan jenayah besarlah yang mencorak kuat perspsi indeks rasuah terhadap pasukan polis.
  2. Mungkin terlalu ghairah mahu mengampu sehingga lupa mengkaji, AES ini bukan di bawah PDRM khususnya Trafik. AES sistem di bawah kawalan JPJ. Walaupun AES wujud namun anggota trafik akan terus membuat operasi, memasang kamera perangkap laju seperti biasa kerana AES di bawah JPJ bukan Trafik.
  3. AES berteknologi tinggi ? Sejak dari awal kecekapan AES ini dipertikaikan,  Jelas sistem ini lemah dan penyelarasan berada pada tahap minima. Bayangkan syarikat boleh membekalkan maklumat berbeza mengenai imej kesalahan yang dirakam. Ketua Pengarah JPJ nyatakan sebanyak 2,952 imej dirakam pada 23 & 24 September 2012 dalam taklimat khas kepada media selama hampir dua jam tetapi Kementerian Pengangkutan dalam jawapan kepada YB Tanah Merah di Dewan Rakyat maklumkan sebanyak 3,344 imej dirakam pada tempoh yg sama iaitu pada 23 & 24 September 2012. (percanggahan angka imej kesalahan dirakam Menteri tipu atau ditipu klik untuk baca lanjut)  . Maklum balas dan sumber dalaman pula mengatakan bahawa sistem pengesanan kamera AES ini pula terdapat kelemahan dari segi membezakan beberapa nombor yang kelihatan hampir sama. Ini akan lebih merumitkan. Berapa banyak pemandu tidak bersalah akan mendapat surat saman, mungkin selepas itu ada ruang untuk membantah dan menyatakan alibi bukan ditempat kejadian kesalahan dirakam tetapi ia tetap akan menyusahkan pemandu yang tidak bersalah.
  4. Hujah AES mampu mengurangkan kemalangan juga mengarut berdasarkan lokasi kamera AES itu ditempatkan. Secara kasar melalui pemerhatian SAMM hampir 40% kamera AES diletakkan di jalan berhad laju 60 hingga 80 km/j dan ia bukan di lokasi yang sering terjadi kemalangan. Ini satu tindakan mengarut dan sengaja mencari untung dengan memperbanyakkan saman malah beberapa sumber menyatakan kemalangan hampir berlaku kerana ‘kilat’ cahaya kamera AES yang tiba-tiba memancar kuat cukup menyilaukan. Buktinya, satu kemalangan juga dilaporkan akibat daripada pancaran ‘kilat’ luar biasa AES.
  5. Mendesak AES dihentikan bukan membela pesalah trafik tetapi ia adalah usaha untuk mengelakkan kroni tertentu terus kaya memunggah kekayaan dengan menyusahkan rakyat terbanyak. 
  6. AES bukanlah satu idea baru tetapi idea lama yang ternyata gagal. Melalui Carian SAMM satu keratan Utusan Malaysia Ogos 2007 telah membuktikan bahawa ketika itu lagi sistem seumpama AES sudah dibangkitkan tetapi ditolak kerana ia satu sistem yang gagal menangani kemalangan jalanraya.(klik sini untuk membaca lanjutkeratan Utusan tersebut)
  7.  Kemalangan jalan raya tidak boleh ditangani dengan hanya sistem kamera AES tetapi ia perlu perlibatan semua. Contohnya kerana tidak ada gaji minima munasabah pemandu Bas atau kenderaan kormersial akan cuba mengejar masa untuk membuat sebanyak mungkin trip bagi menampung kehidupan kerana itu keletihan mereka mungkin boleh merisikokan nyawa ramai. Berapa ramai pula pesalah jalan raya yang dilindungi kerana rasuah masih berleluasa, kenderaan yang tidak sepatut berada dijalanraya terus boleh digunakan kerana rasuah juga. Itu belum lagi keadaan jalanraya yang tidak baik seperti berapa banyak kenderaan mengalami kemalangan di lebuhraya kerana lopak air bertakung. Jika di negara yang kesedaran hak rakyat tinggi mungkin sudah beribu saman kepada pengendali lebuhraya kerana pengguna membayar tol tetapi lebuhraya berlopak air sehingga akibat kemalangan.
Sekali lagi SAMM menegaskan AES perlu dihentikan segera dan kajian menyeluruh termasuk mengambil pendapat rakyat terbanyak perlu dijalankan. Jika regim ini terus berkeras untuk melaksanakan sistem yang jelas akan memangsakan dan mengainaya pemandu ini maka semua pemandu Malaysia diseru menggunakan kuasa mengundi untuk menghukum rejim yang tidak mahu mendengar suara rakyat ini. Jika rakyat bosan maka tidak boleh disalahkan mereka nanti jika ada pemandu yang akan mula merosakkan kamera AES di tepi jalanraya seperti menyembur cat di muka kamera tersebut.
Sekian. che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.