Wong Tack: 'Kami akan duduk hingga esok pagi'
Pemimpin aktivis Himpunan Hijau Wong Tack bertegas untuk terus berhimpun di hadapan sekatan pihak berkuasa di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa berkeras untuk tidak membenarkan seramai 20,000 orang itu memasuki kawasan tersebut.
Dalam ucapannya kepada peserta berkenaan, Wong yang berucap dari atas bumbung sebuah kereta berkata, beliau akan tetap duduk di kawasan berkenaan sehingga esok pagi.
Katanya, terpulang kepada orang ramai untuk mahu kekal di Dataran atau tidak.
"Ini (himpunan) bukan di atur oleh mana-mana organisasi. Saya disini sebagai orang persendirian. Anda semua pun hadir sebagai individu. "Jadi saya bertanggunggjawab terhadap diri saya dan akan tetap duduk di sini. Dan anda semua boleh buat pilihan sama ada hendak duduk sini atau tidak," kata Wong.
Sementara itu, koordinator Himpunan Hijau Lee Chin Chen pula berkata peserta perarakan akan berkhemah di kawasan berkenaan pada malam ini.
Ketika ditemuiMalaysiakini, Lee berkata beliau juga menugaskan anggota jawatankuasanya serta unit amal PAS untuk melindungi peserta perarakan sepanjang malam.
Katanya, beliau masih belum dapat menganggarkan berapa orang yang akan berbuat demikian.
"Tapi kita tidak tahu sama ada (polis dan pegawai DBKL) akan membenarkan kami berbuat demikian," katanya.
Sebahagian daripada peserta berkenaan dilihat meninggalkan kawasan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Jalan Perak itu untuk mencari tempat berteduh apabila hujan kembali turun pada petang ini.Sementara itu, seorang penguasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Nasarudin Daharun berkata, kawasan Dataran Merdeka tidak boleh dimasuki kerana sedang dinaiktaraf.
Katanya, Datuk Bandar berhak melarang sesiap daripada memasuki kawasan tersebut mengikut undang-undang kecil yang dikuatkuasa DBKL."Dataran Merdeka kini dalam ubahsuai. Dan kita tidak akan benarkan Wong Tat masuk.
"Dataran Merdeka dibawah DBKL dan Datuk Bandar. Dan di bawah Undang-undang Kecil Dataran Merdeka, Datuk Bandar berhak melarang sesiapa masuk Dataran Merdeka.
"Permohonan pun tiada. Jadi kami memang melarang," kata Nasaruddin.
Dan kat bawah nie pula video2 dari page theyellowboutique dan kami boikot tv3 buletin utama. Tengok la suasana ketika mereka berhimpun siang tadi. Memang meriah. Tak kena sembur. PDRM cool walaupun dorang tetap tutup dataran.
Video pertama.
Video kedua ;
Video ketiga ;
Video keempat ;
Nak tahu sapa kat bawah neh?
Ketua wanita MCA Melaka, Datuk Kian Sit Har. Mampos la ada yang meroyan karang.
Gambar Sekitar Anti-Lynas “Green Walk”
Keadaan di Dataran Merdeka. Adakah anda sudi bersama di bawah hujan dengan kami?
Kami telah bersurai secara aman. Selepas tiga belas hari, akhirnya kita telah berjaya! Syabas kepada semua! Malam ini, kita Akan BERMALAM di sini, Jumpa esok!
Ketibaan YB Tian Chua & YB Nurul Izzah Menyemarakkan Lagi Himpunan Hijau Bantah Lynas Ke Dataran Merdeka...
Perarakan Himpunan Hijau Ke Dataran Merdeka Berlangsung Ketika Ini Dari MAJU JUNCTION.... Peserta Sedang Berarak Ke Dataran Merdeka. Turut Kelihatan, CheguBard...
Bas yang Membawa Peserta Himpunan Hijau Ke Kuala Lumpur Ditahan Polis Pagi Tadi Di Kulai, Johor. Mereka Meminta Semua Penumpang Tunjukkan Kad Pengenalan... Sampai Macamtue Sekali?
Bermula di Maju Junction KL Jam 3.00 Petang, Himpunan HIJAU (Bantah LYNAS) akan berarak bersama Presiden keADILan, Dato Seri Wan Azizah Ismail ke Dataran Merdeka bagi menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen PR yang menanti disana... Bagi yang ingin turut serta, anda boleh menanti rombongan ini di Dataran Merdeka... Mereka akan tiba sekitar jam 4.00 petang..
Beribu-Ribu Peserta Himpunan Hijau Sudah Membanjiri Jalanraya Sekarang Dan Sekarang Ini Mereka Melalui Jalan Ipoh Sebelum Sampai Ke DATARAN MERDEKA. Mereka Dijangka Sampai Pukul 4.00 Petang
Hidup-Hidup, Hidup Rakyat!!! Ini Kalilah!!!
No comments:
Post a Comment