VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 30 November 2012

Hasutan Katak Kepada Katak


Alkisah katak…

Sekumpulan katak sedang bergerak di dalam belukar, dan tetiba ada dua daripada mereka jatuh ke dalam satu lubang hitam yang dalam.






Katak-katak yang lain yang nampak kedalaman lubang tersebut memberitahu dua ekor katak tersebut, “Matilah kamu berdua.”





Dua-dua katak itu cuba melompat keluar sekuat mungkin. Tapi mereka tidak berjaya. Dan katak-katak lain menyuruh mereka berhenti mencuba kerana ini dah sememangnya akan mati.



Satu daripada 2 ekor katak tersebut mendengar apa yang dkatakan katak-katak lain lalu berputus asa dan jatuh mati ke dalam lubang tersebut.

Seekor lagi terus mencuba. Katak-katak lain terus menyuruhnya berputus asa.




Akhirnya seekor katak ini berjaya melompat keluar dan katak-katak lain terkejut.

“Mengapa dia tak dengar cakap-cakap kita ya,: tanya mereka semasa sendiri.

“Sebab, dia itu pekak,” kata seorang sahabat katak yang datang.

Kisah ini membawa dua pengajaran:

1.Perkara yang keluar daripada mulut sesiapa – boleh membantu orang yang sedang muram untuk membolehkan mereka senyum semula

2. Jangan sesekali guna bahasa kesat kepada mereka yang muram kerana ia boleh membunuh seseorang (seperti katak pertama).

“Berwaspada dengan apa yang kita katakan. Sesiapa sahaja boleh bercakap sesuatu tetapi di salah tempat, ia akan menyebabkan semangat sesorang untuk mengharungi masalah runtuh.

Senyum (
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official))

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.