VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 24 November 2014

Kerajaan Persekutuan Perlu Bentang Laporan RCI Sabah Sebelum Dewan Rakyat Tamat


Kenyataan Umum
24 November 2014

Kerajaan Persekutuan Perlu Bentang Laporan RCI Sabah Sebelum Dewan Rakyat Tamat

Isu kebanjiran dan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah adalah satu isu yang serius. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk membentangkan laporan RCI ini sebelum tamatnya sesi persidangan Dewan Rakyat. Jika kesuntukan waktu, Kerajaan Pemerintah perlulah memohon kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat agar ditambah hari bersidang agar laporan ini dapat dikemukakan kepada semua ahli Dewan Rakyat.

Tindakan Perdana Menteri yang mahu membentangkan laporan RCI Pendatang Tanpa Izin di Sabah pada bulan Disember 2014 adalah bertentangan dengan hasrat penubuhan RCI ini. Sepatutnya Dewan Rakyat dijadikan tempat untuk pembentangan laporan ini agar seluruh Ahli-ahli Dewan Rakyat dapat membahaskan dan memperhalusi apa juga kandungan laporan tersebut.

Malah, tindakan membentuk satu jawatankuasa khas bagi meneliti kandungan laporan ini juga menunjukkan hakikat sebenar bahawa Putrajaya di bawah pentadbiran Najib Razak ini sememangnya tidak mempunyai iltizam politik untuk menyelesaikan perkara ini dengan tuntas. Isu yang telah begitu lama berlaku ini perlulah diberikan penjelasan dengan segera.

Sikap bertangguh dan ketiadaan iltizam politik ini juga telah mengakibatkan berleluasa gejala pemberian kad pengenalan kepada warga asing sehingga kini. Keadaan ini juga bukanlah satu rahsia lagi di negara jiran seperti di Indonesia, di mana akhbar di sana juga telah mendedahkan terdapat warga Desa Labang di Indonesia yang diberikan kad pengenalan hanya untuk tujuan memudahkan urusan keluar masuk ke negara ini melalui Keningau, Sabah.

SAMM telah pun mendedahkan perkara ini dalam satu kenyataan bertajuk Warga Indonesia Punya Kad Pengenalan Malaysia : Putrajaya Perlu Beri Penjelasan. Didedahkan bahawa urusan mendapatkan kad pengenalan untuk warga Indonesia ini juga terlalu mudah apabila hanya perlu membayar sebanyak RM 500 dan memberikan sekeping gambar sahaja. Sedangkan proses kewarganegaraan ini diketahui bukanlah satu proses yang mudah sama ada dari segi dokumentasi atau pun kelulusan.

Sehubungan itu, SAMM mendesak Putrajaya untuk segera membentangkan laporan Suruhanjaya DiRaja berhubung pendatang asing di Sabah agar segala cadangan dan komentar dapat diperhalusi oleh pelbagai pihak. Hal ini sangat penting untuk memastikan keselamatan Sabah dan negara tidak lagi diperdagangkan. Najib Razak tidak harus terus menggadaikan keselamatan negara, menggadaikan nyawa rakyat Sabah dan juga petugas-petugas keselamatan Malaysia lagi.

Che’Gu Bard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.