VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 12 November 2013

Ringan Beban Rakyat.. CGT langkah terbaik ganti GST


Pelaksanaan cukai keuntungan modal (CGT) adalah langkah terbaik bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan, pada 1 April 2015.

Penganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata CGT yang dikenakan ke atas keuntungan jualan aset seperti jualan saham, bon, hartanah dan emas akan membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan RM8 bilion hingga RM10 bilion setahun.

Katanya, pendekatan itu akan dapat mengurangkan beban rakyat miskin daripada terus dihimpit dengan pelaksanaan GST yang disifatkan lebih memberi manfaat kepada golongan berada.

“Kalau boleh kita memang mahu CGT dilaksanakan, tetapi nampaknya tidak akan dilaksanakan. Permulaan CGT jika dilaksanakan lagi mudah kerana mengikut kiraan secara rawak dengan mengambil kira beberapa perkara dan kerajaan boleh meraih pendapatan RM8 hingga 10 bilion,” katanya kepada portal Selangor Kini, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad, berkata kerajaan boleh melaksanakan sumber lain seperti CGT sebelum GST dilaksanakan.

“Kita katakan bahawa ada lagi sumber lain seperti CGT seperti cukai ke atas keuntungan aset kewangan. Ambil daripada orang kaya dulu, gunakan sumber lain berbanding menekan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah,” katanya.

Beliau berkata, pengambilan cukai GST daripada golongan miskin adalah satu perbuatan yang songsang dari sudut agama Islam.

“Dari sudut Islam juga, cukai perlu diambil daripada golongan kaya bukannya miskin. Itu adalah perbuatan tidak betul dari segi moral dan etika, bahkan pelaksanaan GST akan menyebabkan harga lebih 2,000 barangan serta perkhidmatan dinaikkan,” katanya.

Setakat ini, kerajaan hanya mengenakan CGT ke atas keuntungan jualan hartanah yang dipanggil Kenaikan Kadar Cukai Keuntungan Hartanah (RPGT).

CGT (Capital Gains Tax) 

Dalam sistem ekonomi kapitalisme, sumber pendapatan utama bagi sesebuah negara adalah cukai . Cukai ini dipelbagaikan bentuk dan namanya seperti cukai langsung, cukai tak langsung, tol, duti eksport, duti import dan lain-lain lagi. Pendek kata, semua pendapatan bagi negara kapitalis termasuklah Malaysia, daripada A hingga Z adalah cukai semata-mata. Rakyat daripada yang sekecil-kecilnya sehinggalah ke dewasa akan pasti dijerat dan diikat dengan bebanan daripada pelbagai jenis dan bentuk cukai. Apakah pemerintah yang berkuasa pada saat ini termasuk juga para alim ulama yang berada di sekeliling pemerintah tidak pernah mendengar peringatan keras daripada Rasulullah SAW berkenaan ancaman terhadap pengutipan cukai? 

Sabda Rasulullah SAW, “Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga.” [HR Ahmad, Abu Dawud dan Al-Hakim]

Dalam riwayat yang lain,

Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” [HR Ahmad].

Sekiranya kamu menjumpai pemungut ’usyur (cukai yang dipungut di sempadan antara negara Islam dan negara kufur), maka bunuhlah dia” [Musnad Imam Ahmad bin Hambal].

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.