VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 21 January 2013

Selepas Menang Saman Utusan 50Juta.. Kini Giliran Hassan Ali Menanti..



ANWAR MENANG SAMAN TERHADAP UTUSAN 


Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar Ibrahim kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) yang diputarbelitkan daripada temuramah DS Anwar Ibrahim bersama BBC Tahun Lalu.

Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham pagi ini.

Hakim Singham juga berkata, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” katanya.

“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata Hakim Singham.

Hakim Datuk V T Singham mengarahkan kos sebanyak RM45,000 dibayar kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat, DS Anwar Ibrahim.

Mahkamah juga menetapkan 15 Februari ini untuk menentukan ganti rugi kepada DS Anwar Ibrahim.

Ibrahim Ali kena kutip Derma lagi.. ekekekke
Tolong kami bantu kami, kami pemfitnah dan penipu, hidup kami di dunia, tiada tiada kuat ampu, aduhai para kroni bantulah kamiiiiiii (sambung2)..... 
(nota: Makcik paling kiri itu dipercayai Ibraheng Ali, terpaksa menyamar kerana kekurangan ahli)

Kini Giliran Hassan Akidah Menanti..

Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.

“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

Sumber - KeadilanDaily



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.