Pages
VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
Blogger Kool
Saturday, 5 January 2013
Kenapa Kita Mesti Turun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Semua sudah dilakukan. Namun tuntutan demi tuntutan di abaikan. Bukan hanya bagi NGO bersih, NGO anti-lynas, anak, felda, royalti dan sebagainya.
Mohon KERAJAAN supaya peka dan tunaikan segala tuntutan yang dimahukan oleh rakyat. Jangan buat-buat tak nampak pastu tangan belakang duk kaut hasil yang sepatutnya dialirkan kepada rakyat.
Anda memimpin, bukan mentekedarah harta kami. Anda hidup sebagai kerajaan kerana adanya wang 'KAMI'. Bukan anda yang memberikan kami wang, namun anda yang menguruskan 'wang kami'.
Segala cara baik, segala cara sopan telah kami lakukan. Jangan sampai amarah rakyat. Khususnya anak muda menjadi besar menggegarkan Kuala Lumpur.
Kami tidak turun mencari gerun, kami turun menyatakan sokongan. Kami tidak geruh menghadapi halangan yang datang. Demi Allah.. Demi Rakyat Malaysia akan kami maju demi menuntut hak kami. Kami tidak pernah undur! Kami tidak pernah takut! Kerana yang sepatutnya takut adalah KAMU BARISAN NASIONAL. Kerana yang sepatutnya takut adalah KAMU WAHAI PEMIMPIN-PEMIMPIN ZALIM.
Kerna sekali rakyat bersuara.. selamanya tetap keramat.. Kerna sekali rakyat bertindak takkan ada yang mampu menghalang. Membujur lalu melintang patah. Sama ada langkah mayat kami atau biarkan kami bersuara.
Iklan:
Buat yang berminat untuk membeli baju Himpunan Kebangkitan Rakyat Kuala Lumpur yang dijanakan oleh Media Jer! (MJ). Mohon-mohon klik sini untuk info =>http://on.fb.me/VEHMQu
Kredit: Media Jer!
PENTING!!! Panduan bagi peserta HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.
No comments:
Post a Comment