VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 8 October 2018

Selangor Menjadi Penentu Pemilihan Keadilan 2018 Buat Pasukan Reformasi 20 Tahun


TERKINI

RAFIZI DAHULUI AZMIN BUAT KALI PERTAMA

Rentetan empat kemenangan berturut-turut menyaksikan calon Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengatasi pencabarnya, Mohamed Azmin Ali buat kali pertama sejak pengundian dimulakan di Pulau Pinang.

Bermula dengan defisit 176 undi di Pulau Mutiara, Rafizi yang merupakan seorang penganggur kini mendahului Azmin, seorang menteri kanan persekutuan dengan majoriti tipis 88 undi.

Berdasarkan jumlah cabang pula, Rafizi jauh mengatasi Azmin dengan kelebihan 17 daripada 88 cabang yang selesai menjalankan pengundian setakat ini.

Kelantan menjadi negeri pertama membantu kemenangan empat negeri berturut-turut diikuti Terengganu pada 5 Oktober dengan banyak cabang yang selama ini dikuasai Azmin tumbang satu-persatu.

Menariknya, Cabang Bera di Pahang yang selama ini menjadi deposit tetap Azmin turut terpukul dengan asakan Rafizi membantu jurang undi dikecilkan lagi menjadi 92 undi sahaja setakat semalam.

Dan hari ini ternyata Wilayah Persekutuan kekal menjadi kekuatan sebenar Rafizi apabila jelas menguasai tujuh daripada 13 cabang apabila keputusan diumumkan.

Hanya Pulau Pinang dan Johor sahaja kini didahului Azmin manakala empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan kini Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Rafizi kini memperoleh 19,160 undi atau 50.1% dan menang di 51 dari 88 cabang sementara Azmin me19,112 undi atau 49.9% dan menang di 37 dari 88 cabang.

Menariknya, calon Ketua AMK Pusat turut bertukar tangan buat kali pertama hari ini apabila Akmal Nasir mendahului Afif Bahardin dengan jumlah undian 3963 berbalas 3922 undi.

Walaupun beberapa cabang tercetus sedikit pergaduhan dan sabotaj seperti di Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak, ternyata ahli KEADILAN kini semakin matang dalam membuat keputusan.

Menjelang pemilihan Selangor fasa 1 pada 14 Oktober, strategi dijangka akan berubah bagi kem Rafizi untuk terus mendahului Azmin walaupun diakui agak sengit.

Namun berdasarkan kajian semasa, beberapa cabang dengan jumlah ahli yang ramai dijangka akan menjadi penentu sama ada Rafizi terus meninggalkan Azmin atau Azmin kembali mendahului Rafizi juga dengan perbezaan undi yang tipis.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.