VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 26 May 2018

Tahniah, 60% Daripada 10 Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan Telah Dikotakan


Secara jujur, rata-rata pejuang dan pengundi Pakatan Harapan (PH) tidak ambil kisah atas Manifesto, Janji-Janji yang ditaburkan kepada pengundi, ini kerana kebanyakan pengundi PH sebelum melangkah ke pusat mengundi telah tanam niat untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib Razak dan mahukan Malaysia yang lebih baik. Jika 10 Jani dan 60 janji lain dapat dilaksanakan oleh Kerajaan PH dalam masa 100 Hari dan 1,000 hari itu adalah bonus kepada kami.

Yang banyak bising pasai manifesto kerajaan ni bukannya yang memberi undi dan menyokong, mereka mengkritik dalam keadaan 'berkaca mata hitam' sejak awal lagi.

Bayangkan bagaimana mereka menilai, mengkritik, menghukum kerajaan yang baru berusia 17 hari. Bukannya 17 bulan dan bukannya 17 tahun. Akan tetapi hampir 60% janji telah pun dikotakan oleh pimpinan Pakatan Harapan. Alhamdulillah, semoga perlaksanaan dan pengurusan berjalan lancar.

Hatta bila kita lihat cara mereka mengulas, terbukti mereka tak baca pun manifesto Pakatan Harapan secara terperinci. Secara terperinci bagaimana Pakatan Harapan menjelaskan kaedah dan jangka masa untuk melaksanakannya.

Ada pun ucapan-ucapan pimpinan politik tentang jangka masa perlaksanaannya, kenyataan mereka itu bukanlah mustahil dan tidak benar tetapi Pakatan Harapan mengambil aspek yang menyeluruh untuk menentukan jangka masa perlaksanaannya. Dan itulah yang ditegaskan dalam Manifesto Pakatan Harapan.

Dalam banyak-banyak janji, Pakatan Harapan telah menetapkan 10 janji utama yang akan dilaksanakan dalam 100 hari. Beri peluang untuk kerajaan yang baharu ini buktikan!

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.