VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 26 May 2018

Ini Jawapannya. Isu Anwar Ibrahim Naik Jet Eksekutif?



"Anwar dah jadi Rosmah guna jet peribadi ke?" tanya UMNO dan walaun

Ini jawapan buat macai-macai pembangkang UMNO dan walaun. Harap pembaca bantu sebarkan:

Beza Najib/Rosmah dengan Wan Azizah/Anwar adalah Rosmah menyalahgunakan jet kerajaan untuk tujuan peribadi. Sebagai contoh, shopping & melancong ke luar negara.

Gambar & tuduhan mengenai Anwar menaiki jet pula, merupakan gambar Wan Azizah dalam kapasiti sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, diiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim (selaku pasangannya) menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kelantan.

Model Dassault Falcon 900 M37-01 yang digunakan Wan Azizah & Anwar bukan jet peribadi. Ia salah sebuah jet dalam inventori Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang digunapakai untuk urusan-urusan rasmi ketua-ketua kerajaan.
(Rujuk gambar pertama, di bahagian atas sebelah kiri tangga. Itu lambang TUDM. Di bahagian atas sebelah kanan tangga pula jata kerajaan Malaysia)

Bezakan antara urusan peribadi (dalam kes Rosmah) dengan urusan rasmi kerajaan (dalam kes Anwar).

Pakatan tak kritik Najib gunakan aset kerajaan untuk pertemuan rasmi bersama ketua-ketua kerajaan negara lain. Pakatan tak kritik Najib guna aset kerajaan untuk urusan rasmi dalam negara. Yang dikritik, penyalahgunaan aset untuk keluarga Najib melancong & shopping. Itu urusan peribadi, bukan urusan rasmi kerajaan.

Buat pembangkang UMNO dan PAS jadilah pembangkang yang hujah secara ilmiah, bukan pembangang.


Puan.. saya sokong pas. Tapi bab ni saya rasa DS Azizah tak bersalah.. di pergi kelantan atas urusan rasmi sebagai timbalan PM.. selaku perempuan, dia perlu mahram menemani.. DS Anwar adalah suami dia.. so, dia layak naik sekali... maaf kalau salah, sekadar pandangan saya...
Nota: saya sokong puan menegur kerajaan PH, tapi biarlah menegur kena cara (berakal bukan berdendam).. bukan main hentam saja.. dah lebih kurang macam Anina Langkawi ja statement puan..

*Komen-komen dari FB

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.