VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 29 November 2013

Pulau Pinang Umum Kenaikan Elaun Selapas Selangor



ELAUN semua Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Pulau Pinang akan ditambah menjadi RM6,000 berkuatkuasa 1 Januari depan.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa perbentangan Bajet 2014 berkata, elaun Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang turut akan dinaikan 100 peratus menjadi RM2,000 sebulan.

"Kerajaan Negeri sedar bahawa elaun ADUN sebanyak RM4,112.79 sebulan tidak berubah sejak Januari 2004 dan jumlah ini tidak setimpal dengan beban tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada ADUN," ujar Guan Eng semasa membentangkan Bajet 2014 di DUN Pulau Pinang, George Town pada petang tadi.

Ekoran itu, katanya, Kerajaan Negeri bersetuju meminda Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2005 untuk tujuan berkenaan.

Pulau Pinang mempunyai 40 Adun dan 10 daripadanya adalah Adun BN yang diwakili oleh Umno.

Guan Eng yang ditemui pemberita kemudian enggan mengulas sama ada gaji ketua menteri dan exco juga akan turut dinaikkan.


"Saya hanya sebut apa yang saya sebut dalam Dewan," katanya.    


Dalam pembentangan bajet negeri itu Guan Eng turut mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM700 kepada penjawat awam negeri yang akan dibayar pada bulan depan.


"Keseluruhannya, pemberian bonus kerajaan negeri kepada perkhidmatan awam dalam tahun 2013 ialah satu bulan gaji. Guru-guru dan penyelia Kafa (Kelas Agama dan Fardu Ain) juga akan diberi sebanyak RM400 seorang," katanya. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.