VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 28 August 2013

[Eksklusif] Bendera Rakyat dan Sang Saka Malaya.. Jangan Tersalah Fakta..

Panji-Panji Rakyat @ Bendera Rakyat

Pada kemerdekaan tahun ini isu yang hangat diperkatakan ialah isu bendera 'Sang Saka Malaya'. Aku tidak berminat dengan isu hendak tukar bendera atau tidak, tetapi yang lebih berminat aku apakah sejarah di sebalik bendera ini. Berdasarkan pembacaan aku, ada beberapa fakta yang kurang tepat daripada penulis pro-kerajaan BN mahupun Pakatan Rakyat. Jadi kepada semua pembaca, jadikan penulisan ini untuk perbincangan ilimiah dan bukannya politik.

Pertama sekali, rekabentuk Sang Saka Malaya yang dibawa oleh beberapa peserta perhimpunan Janji Demokrasi pada malam itu bagi aku kurang tepat. Rekabentuk bendera yang dibawa oleh mereka ialah bendera merah putih bersama bulan dan bintang 11 bucu. Manakala rekabentuk Bendera Rakyat yang diumumkan pada 11 November 1947 di Singapura adalah berwarna merah putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning yang melambangkan 12 negeri di bawah Tanah Melayu. Bendera itu kemudiannya dikibarkan buat pertama kali di Bangunan Malayan Democratic Union, Singapura.
Sejarah Bendera Rakyat (1947)
Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

"Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari."
Video 10 Tahun Sebelum Merdeka
Sambungan Video 10 Tahun Sebelum Merdeka: SINI

Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:


12 biji bintang
  •     12 negeri yang bergabung di Malaya
  •     9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
  •     3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
Warna kuning bintang
  •     Keadilan dan kedaulatan rakyat
  •     Perlembagaan Rakyat diiktiraf
  •     Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur
Bintang berbucu lima
  •     Ketuhanan
  •     Kedaulatan rakyat
  •     Keadilan sosial
  •     Kebajikan
  •     Kebangsaan
Warna merah

    Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya

Warna putih


    Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat

Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.

Keratan akhbar Bendera Malaya Merdeka ( bendera rakyat) daripada The Straits Time 11 Nov 1947 dan Akhbar Utusan Melayu 11 Dis 1947.

Bendera ini dikibarkan semasa Persidangan Afro Asia 1947 di New Delhi. Menurut buku karangan Kamarudin Jaffar,  Dr. Burhanuddin Al Helmy: Politik Melayu dan Islam. Dr Burhanuddin telah mengetuai perwakilan Malaya dalam persidangan ini.


Kehadiran Dr Burhanuddin yang memegang jawatan Penasihat PKMM telah membuka peluang baginya berkenalan dan berbincang tentang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersama-sama pemimpin kemerdekaan negara-negara Asia.


Sejarah Sang Saka Malaya (2007)

Bendera Sang Saka Malaya berbintang 11 bucu yang dikibarkan dalam perarakan Janji Demokrasi 2012. 
Aku tak tau mai dari mana?

Bendera Sang Saka Malaya Berbintang 14 lakaran Najwan Halimi, tahun 2007.


"Corak bendera ini sebetulnya telah saya gubah sempena memperingati sambutan kemerdekaan pada tahun 2007.
Pada asasnya, corak ini diadaptasi dari corak bendera Sang Saka yang digunapakai oleh negara Indonesia dan Singapura. Ianya merupakan panji warisan kerajaan Nusantara.

Jika diperhatikan, parti UMNO juga menggunakan corak Sang Saka sebagai bendera rasmi mereka, dan ditambah elemen keris hijau dalam bulatan kuning di tengahnya.

Mungkin menarik untuk direnungi betapa bendera Malaysia yang digunapakai pada hari ini langsung tidak menyerlahkan elemen nusantara yang diwarisi sejak sekian lama.

Bendera Malaysia yang digunakan pada hari ini jika diteliti sebenarnya diadaptasi dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Stars and Stripes, dan ianya dibezakan menerusi bulan sabit dan bintang bucu empat belas berwarna kuning.

Barangkali ini menjawab persoalan mengapa warga Malaysia semakin tidak ghairah mengibarkan bendera. Jiwa dan warisan silam negara ini jelas tidak terzahir menerusi panji yang bernama Jalur Gemilang!" -Tulisan Najwan Halimi
 Penjelasan Mengapa kami kibarkan sang saka Malaya? -Serigala Selatan 
Angkara siapa risalah ini?
"Kami anak muda yang bertanggungjawab mengibarkan Sang Saka Malaya agak terpinga-pinga bila dan siapa gerangan yang mengedarkan risalah ini. Kami tidak berniat untuk menyeru kerajaan untuk menukar Jalur Gemilang kepada sang saka Malaya. Tetapi kami berniat untuk menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih telus." -Serigala Selatan

***
Jika aku membawa gambar Dr Burhanuddin Al Helmy dalam sambutan Hari Merdeka, adakah aku akan dituduh menghina Tunku Abdul Rahman dan selepas itu diburu polis?

Jalur Gemilang kita hormat. Tetapi proses menuntut kemerdekaan juga mesti kita hormati dan kita kenang sebagai tanda terhutang budi kita kepada mereka yang terlibat dalam perjuangan tersebut.
Mengibarkan Bendera Rakyat adalah salah satu cara untuk mengenang dan menyanjung perjuangan dan proses menuntut kemerdekaan dan adalah tidak siuman jika sanjungan sedemikian dianggap jenayah.

Tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh menghormati tokoh-tokoh lain yang menuntut kemerdekaan dan penghormatan kepada mereka tidak sama sekali bermakna kita menghina Tunku.

Kalau ikut otak sempit dan dangkal para pemimpin yang histeria terhadap pengibaran Bendera Rakyat, aku akan dianggap menghina Tunku dan diburu seperti penjenayah kalau aku bawa gambar Dr Burhanuddin dalam sambutan Hari Merdeka.

Adakah kita tidak boleh menyanjung dan mengenang mereka dan hanya boleh memperingati tokoh-tokoh yang dikehendaki oleh sejarah versi Umno sahaja?

1 comment:

  1. : Nice research. Thanks for the information.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.