VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Wednesday, 3 July 2013

Blogger umno punca 20 akaun bank Anwar "bocor" di Wikileaks


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak ada laporan mengenai dirinya dalam laman Wikileaks seperti yang didakwa ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.


“Tidak ada rujukan itu sama sekali dalam Wikileaks. Saya merujuk kepada Wikileaks tetapi tidak ada, apakah kita nak berikan pengesahan kalau tidak ada.

“Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan ini) dalam Wikileaks,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar meminta Teck Meng bangun untuk memberi respons tetapi tiada jawapan balas.
Katanya, keadaan itu memaksa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan supaya Dewan Rakyat memberi peluang kepada Teck Meng untuk menjelaskan mengenai pendedahannya.

“Simpang Renggam tak ada (dalam Dewan Rakyat), kalau beliau masih dengan pendiriannya, Yang Berhormat ada hak untuk buat usul (rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen).

“Ini jadi pengajaran kepada semua, kalau terlajak kata, susah,”  katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di Lobi Parlimen, Anwar berkata, laporan itu mungkin dimulakan oleh blogger-blogger Umno, dan ahli Parlimen Simpang Renggam mengambil maklumat tersebut.

“Membaca teks Umno dan edarkan. Kita semak tidak ada, ini menunjukkan bukti yang luput dan pegang terpaksa disiarkan Umno dan diedarkan. Tidak ada asas sama sekali,” katanya.

“Dia kata Wikileaks tetapi bila disemak (mungkin) dia ambil daripada blog Umno, “ katanya.

Semalam, Teck Meng dalam Dewan Rakyat mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Teck Meng berkata, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin  hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar mempunyai 20 akaun luar negara.

Menurut Tze Tzin, dakwaan tersebut  adalah tidak berasas dan berbaur fitnah.

"Semalam pihak PKR telah membuat semakan terhadap data yang didakwa oleh penyokong BN itu.

"...hasil semakan mendapati terdapat 17 rekod Wikileaks mengenai Malaysia, namun satu pun tidak ada kaitan dengan pendedahan Anwar miliki 20 akaun," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam penyokong BN Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Mengulas lanjut Tze Tzin menegaskan ahli Parlimen itu perlu menjawab kepada rakyat Malaysia tentang perkara ini.

"Ahli Parlimen Renggam perlu menampilkan bukti yang jelas, jangan hanya melihat kepada sumber yang tidak mempunyai bukti konkrit," katanya di lobi Parlimen hari ini.

PKR akan membawa ahli Parlimen Simpang Renggam dari BN, Liang Teck Meng ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, dakwaan Teck Meng itu jelas tidak berasas kerana melalui kajian ke atas laman wikileaks.org mendapati tiada langsung maklumat yang menyebut Anwar mempunyai jumlah akaun sebanyak itu.

Oleh sebab itu katanya, tindakan akan diambil ke atas Teck Meng kerana sengaja mengelirukan Dewan Rakyat tanpa asas dan dasar yang kukuh.

“Kalau betul ada dakwaan itu, saya mahu ahli Parlimen Simpang Renggam bercakap di luar Parlimen dan beliau boleh didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989. Seperti yang saya kena sekarang.
“Oleh itu, kami mahu ahli Parlimen tersebut jangan bersembunyi di sebalik kekebalan Dewan Rakyat. Beliau mendakwa maklumat itu ada, maka buktikan dari mana beliau dapatkan data tersebut,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Sementara itu, ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kemungkinan Teck Meng mendapat maklumat tersebut dari beberapa blog yang didakwa milik Umno dan jelas ia adalah maklumat tersebut tidak benar.

“Kami telah beri tempoh 24 jam, kami akan rujuk pada hansard Parlimen sebelum membawa isu ini kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen,” katanya.

Semalam, Teck Meng mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun bank di luar negara dengan jumlah simpanan mencecah USD66 juta (RM209 juta).

Dakwa Teck Meng, maklumat yang diperoleh menerusi internet seperti yang didedahkan oleh Wikileaks itu turut mendedahkan bahawa kesemua akaun berkenaan dibuka di Amerika Syarikat, Israel, China dan Singapura.

Katanya lagi, menerusi data yang diperolehinya turut mengandungi maklumat terperinci termasuk nama, jawatan, nombor pasport, jenis akaun, nombor akaun, tarikh pembukaan dan tarikh pematangan simpanan tetap.

Saman Tetap Saman!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.