Selepas
Pilihan Raya Umum 2013, saya lihat kerjasama PKR dan PAS dalam Pakatan
Rakyat seperti kek icing, nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam.
Dalam masa yang sama, saya melihat kekuatan BN juga begitu.
Yang rapuhnya kerjasama dalam PR itu apa?
Kerapuhan kerjasama PAS-PKR
ini dapat dilihat apabila terdapat pemimpin PAS yang tidak menyokong
Perhimpunan 505. Inilah sebabnya perhimpunan yang
dijanjikan 1 juta orang, hanya 50 ribu sahaja yang hadir.
Rapuhnya
ialah apabila terdapat pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia
untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kuala Besut. Kuat dan berpengaruh
sangatkan PKR untuk meletakkan calonnya di Kuala Besut?
*Anwar sahkan Pas tandingi kerusi Dun Kuala Besut
Nampaknya beberapa pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk
bertanding itu belum memahami realiti pengaruhnya di Terengganu.
Nampaknya beberapa pemimpin PKR ini masih jauh dari dunia politik nyata.
Aduh!
Di parlimen pula, saya lihat kemeriahan Dewan tidak
seperti dulu lagi. Tiadanya Saifuddin Nasution dan Dr Zulkefley, serta
sikap YB Azmin Ali, orang kuat DS Anwar yang semakin tajam mengkritik
kepemimpinan PKR juga menjadikan DS Anwar seperti hilang sengatnya
semasa berdebat di Dewan. YB Nik Abduh dan YB Nasaruddin Tantawi pula
tidak begitu bersemangat membawa bendera PR di Dewan berbanding dengan
bendera PAS.
Maka, saya lihat semakin rapuhlah kekuatan PR di
Dewan melainkan dalam minggu yang akan datang, mereka mampu membawa
persoalan rakyat yang lebih besar untuk didebatkan, bukan hanya tertumpu
kepada isu SPR dan sistem pilihan raya kita yang perlu diubah.
Jika PR kelihatan semakin rapuh, saya lihat BN juga begitu. Ada
kemungkinan ahli parlimen bukan Islam dari BN akan menentang rang
undang-undang tukar agama. Saya tidak pasti pula bagaimana YB Islam
dari PAS dan PKR akan mengundi untuk menyokong atau meluluskan rang
undang-undang ini, tetapi yang jelas ini adalah satu perkembangan yang
menarik untuk diperhatikan.
Lain-lain perkembangan politik
akan terus saya laporkan. Yang boleh saya katakan setakat ini, jangan
terkejut jika dalam waktu terdekat ini landskap politik negara berubah
lagi. Ah, politik ini seni serba mungkin!
Mohammad Agus Yusoff
Kita sama Agus!
Tak tau la kalau depa terasa ka dak.. kan..
Pages
VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
Blogger Kool
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.
No comments:
Post a Comment